Ayat mudah rezeki dan diberi kelebihan

"Innahadza larizkuna malahuu minafad"
    -Surah Saad ayat 54

Ayat ini, dulu aku dapat masa membaca post geng-geng tabligh di facebook.
Korang pun tau mcm mana gaya hidup geng tabligh kan. Yang mana betul-betul dalam keberserahan kepada Allah SWT tu, peringkat tawakal dia amat-amat tinggi.

Mujarab sesuatu amalan tu kalau mengikut dari pengalaman aku ada dua iaitu 1. Istiqamah 2.tawakal. InsyaAllah dapat nampak keberkesanan sesuatu amalan yg kita belajar.

Ayat ni kalau dr pembacaan aku diamalkan bila keluarkan duit dari purse/(baca dalam hati) atau bila nak start makan.  Dan selalu aku buat baca tasbih fatimah gabung terus dengan ayat ni sebanyak 33x lps solat atau bila terlintas.
Kadang-kadang kau amal bukan nak kaya gabak pun, cukup sekadar settle bill dan blh menikmati kehidupan dalam syukur. Itu yg lebih utama.

Dah suruh kawen..

Ada satu scene dalam hidup gua, yang baru terjadi, fresh lagi, memang terpatuk di batang hidung wa sendiri..Alkisahnya begini.................
Pada satu hari yang terik, gua sedang syok makan nasi lauk lemak perut,telur ikan di restoran paveret wa di kampung, tibe-tibe wa terperasan sebuah kete masuk parking cantik je depan kedai, tgk cam kenal..rupenya mak membe wa..dia dan anak2 perempuan beliau keluar dari kereta untuk membeli lauk pauk di kedai..dan perasan la wa tgk makan sorg2..sambil membalas senyumnya, dia menyakat wa dengan ayat berbunyi" tu la tajuddin, tak nak kawen, kan dah makan sorg-sorg." seperti kilat menyambung di tgh hari, gua merasakan sesuatu di hati..terasa sesuatu yg ganjil di hati, kata mak membe wa buat wa terpikir yang wa sedang bersorangan..sunyi, dulu masa membe wa bujang kalu balik kampung mestinye la klua bandar bsama, paling cikai pon makan mesti sama-sama. sekarang tidak lagi, tanggungjawab sudah membezakan wa dengan membe2 wa yang dh berkeluarga..harus ke mana kah wa selepas ni? adakah mahu mengikut salmon membelah arus dan badai?

Menghimpit ke hujung

Gua di bandar penawar skarang. bandar yang gua tak kenal sesiapa.bandar yang gua rasakan disuruh-suruh datang ke sini, detik hati kecil gua-adakah penawar buat diriku disini? Gua melalui hari-hari sebagai seorang yang melihat dan diam. Gua terlalu diam sampai orang ingat gua baik..Maha suci Allah yang menyembunyikan aib gua dimata korang-Alhamdulillah. Gua akan melayan bab baru hidup gua dengan cara gua sendiri, melayan,melihat dan mendengar.


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al Jailani


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Maha suci Allah yang menjadikan aku dari setitis air mani.Yang Maha Hidup dan menghidupkanku, Yang Maha Menyara hidup dan mengatur kehidupanku di dalam rahim.Sesungguhnya aku telah berlaku zalim.
Ya Allah.ketika nyawaku ditarik..jadikanlah kesudahanku, kesudahan yang berbahagia.Amin ya Allah

Nafsu makan

“Jihad yang paling utama adalah seorang berjihad (berjuang) melawan dirinya dan hawa nafsunya.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu. Juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Ad Dailami. Hadits ini dishahihkan oleh Sy. Al-Albani di dalam Shahih Al-Jami’ush-Shagir, no 1099. Dan beliau menjelaskan lebih terperinci dalam silsilah Ash-Shahihah n0.1496

Salam, banyak bende pelik-pelik berlaku dalam gua memperbetulkan diri ni. bile gua nak kurangkan makan ada je bende makan yang datang kat gua sampai menolak-nolak member2 nak belanja.Gua bukan tak nak makan, gua tak nak melayan nafsu makan.Nafsu ni kalu kita layan memang x cukup.tu pasal kalu makan x pernah kenyang. tu baru nafsu makan. nafsu lain2 tu lain-lain masa la gua cite.bagi settle yang ni dulu.