hikmah

aku cari kamu..
aku selongkar, aku geledah!! di dalam gobok buruk itu, yg bernama dunia..
aku kejar, aku terajang segala halangan..aku cari kamu..
aku penat..dahaga...tapi tak ku jumpai lagi kamu di serata..

mana kau sayang?
hilang begitu saja... masih tak cukupkah sedu ini? tangis ini masih di ragukah?
perilaku ku ini...masih tidak cukup untuk menemuimu..mengapaimu..
untuk bersatu dengan mu....

didalam makna HIkmah.

mencapai hikmah perilaku...
ragu

aku biasa..
kau pun biasa
kita berbeza
tapi punya idea
kau merah
aku mungkin ungu
kau tahu
aku mungkin lupa,

kala terdetik satu saat lagi..

untuk satu pusingan itu..

aku buntu..pohon kau bantu

PAntun untuk di Komen

TAJUK :PANTUN WARGA TERDIDIK
OLEH: KERIS JEBAT
SELASA..SUBUH2 AYAM

DERU OMBAK ,LAUTAN BIRU
HAMPARAN REZEKI PARA NELAYAN
WARGA TERDIDIK, TINGGI ILMU
CANTIK BAHASA AKHLAKNYA SOPAN

KERDIP BINTANG, SAYU MENYERU
PANDUAN PELAYAR DI ZAMAN DAHULU,
WARGA TERDIDIK CINTAI ILMU,
ILMU DI AMAL, BERTAMBAH MAJU.

TANAH SEKANGKANG KERA,
KALU BERBUDI ADA HASILNYA,
WARGA TERDIDIK WARGA MULIA,
RAJIN USAHA, PASTI BERJAYA


-"PENDIDIKAN BERVISI, JANA POTENSI"-


P/S- apa pandangan anda tentang pantun ini?
komen anda amat dialu-alukan...

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning,
penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar
yang boleh membantu kehidupan anda.
Sila ke laman web SM Learning
di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.


Spider - Bila Nak Saksi
Bila Nak Saksi Lirik :-

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai
AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

-cairil anwar-
"lukisan adalah diari seorg pelukis"-

aku menerima pendapat ini sebulatnya..kebenarannya sesuatu karya adalah dr pengamatan dan perasaan seorg karyawan.Penggunaan medium yg baik dapat menyampaikan maksud yg jelas dan teka-teki antara karyawan dan penterjemah acapkali mengundang pertanyaan..persepsi yg menghukum penilaian dan jawapan hanya karyawan dan Allah sahaja yg mengerti..lukisan adalah bahasa halus..medium untuk pelukis menterjemahkan idea dan emosi

masihkah kau ingat

menyepi
aku hilang punca
bukan aku lari
bukan aku benci
cuma cr diri
aku buntu
fikiran bersimpang siur
aku benak hala tuju fikiran
jatuh sakit aku tak peduli
aku cari kebenaran
maaf
aku hilang punca
bukan salah sesiapa
jatuh aku sakit aku
cuma cr diri

AHDB

malam tadi aku bersama kawan meronda2 ke uptown shah alam..saje jalan2 cuci mata..cuti sem ni aku tak balik kampung, so lepak je la kat shah alam ni..niat nak wat asgmnt..tatau la cmne..jalan pny jalan kat uptown tu tade la mende apa yg aku nk beli sekadar memenuhi ajakan kwn2..tiba2 beberapa naskah koleksi aie 'AKU HIDUP DALAM BLUES' mencuri perhatian aku..sejenak aku kembali terkenang kenangan mase aku gle melukis..artworks aie ni byk mempengaruhi cr aku melukis, n aku betul2 rindu nk dpt feel drawg tu balik..so tanpa pk banyak..aku grab 2 naskah koleksi AHDB ngan 'bedtime story' tuk jadi koleksi..

www.extdk.net

selamat pagi sume...

dh lame aku tak update blog ni..hehe..selama menyepi ni..aku dh join forum extdk n jadi gigil kalu tak melayan forum ni..forum ni adalah medium bdk2 ex mrsm tdk tuk berborak..so kat sini leh la jumpe super-duper senior n super-duper jr..sambil2 kenal mengenal dan btukar2 pendapat..kat sini juga aku dapat berkongsi kenangan manis ant warga2 extdk..banyak rahsia dan cerita turun-temurun dapat di bongkar dr warga yg terdahulu, maka setiap cerita itu dapat dpastikn kesahihannya...hoho..