"sms" 4;31am, 31-03-2008
aku tak tau apa yg sdg jadi dan bagaimana ia berlaku..aku jd begitu peka pada hp aku pagi ni..aku terjaga bila terdengar sms masuk..kenapa aku boleh tjaga? kenapa dengan begitu mudah, kenapa mesti mesej tu???..walaupun aku cuba jawab setiap persoalan itu..aku jd blurr kejap..untuk tidak memikirklan apa2 dan malas melayan spekulasi yg aku buat sendiri..aku serahkan pada Allah...aku masih kurg faham apa yg sedang berlaku kat aku skrg ni..harap aku diberi petunjuk akan setiap apa yang berlaku...amin
aku mau tulis apa?
Posted by
Enchek tAj
on Friday, 28 March 2008
Labels:
cerita ceritik sendirik
/
Comments: (2)
warh!!...aku sedang menunggu2 ilham sampai untuk sajak terima kasih..agak sukar bila diberi satu garis panduan...aku kena submit beberapa bait sajak untuk majlis jubli perak Mrsm Terendak, ulangtahun sempena 25 tahun maktab aku yg terchenta. sajak ni akan dipersembahkan semasa majlis makan malam kat MITc, ayer keroh..dan sape nk kena baca sajak aku tu nant? adakah aku? oWh..serammm!! kerna the last stage performance semasa mendeklamasikan sajak adalah semasa persembahan blok di teres teratai...itu pon aku sudah terketar2...sangat serammmMm!! umpama tetiba ternampak hantu!! owh tidak suara ku amat romantik untuk aku bg membe2 aku buat bahan lepas persembahan itu nanti..owh jangan.owh..dan owh
Posted by
Enchek tAj
on Tuesday, 25 March 2008
Labels:
kerja-kerji seni
/
Comments: (0)
kisah seorang kaya, pengemis dan si miskin..si kaya menyedekahkan 50 rinngit kepada si pengemis, dan si miskin hanya melihat perbuatan tersebut
si kaya:kau percaya kepada rezeki?
si miskin:``err..aku?..percaya..percaya!!
si kaya:kau ada berapa byk wang dalam dompet?
si miskin:``err..ada 50 ringgit..?
si kaya :sanggup kau sedekah 10 ringgit tu kepada si pengemis? kau sanggup?!!
si miskin:``erkh..erk..tak boleh, aku nak makan apa nanti? duit ni cukup2 seminggu je!!``
si kaya:tadi kata kau percaya kepada rezeki??
si miskin:``aku percaya pada rezeki,tapi sape nak bagi aku duit kalu aku dh bagi duit ni pada dia??
si kaya: kau percaya pada Allah?!!``
si miskin :``percaya, dia tuhanku yg satu..
si miskin: tapi kau tak percaya akan pemberiannya...kau percaya dia wujud, tapi kau tak percaya akan rahmat dan rahimnya, pemberiannnya, janjinya!!..kau sering merungut bila kekurangan..kau sering risau bila keputusan wang seolah tiada tempat untuk kau mengadu..kau selalu mencari2 tempat untuk berharap tanpa kau sedar kau hanya perlu berdoa kepadanya..kau menjemput kekufuran dengan kemiskinanmu..kau memberi ruang kefakiran menjadi pedoman hidupmu tanpa kau memandang kekayaan sebagai satu cabang yg baik,yang bersih..kau mencaci org2 yg berharta sebagai si tamak dan pembelit diatas kekayaannya tanpa kau bertanya bagaimana mereka memilikinya..kau hanya perlu berusaha dan berdoa..dan serahkan semuanya pada Allah..
si miskin:``.....``

on Wednesday, 12 March 2008
Labels:
kerja-kerji seni
/
Comments: (0)
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tida ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari
membiarkan bangsaku dihina,
Airmata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan,
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan
Biar bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi keringat
dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan
mengangguk dan membenarkan kerana
sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai kerana
hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad
Mei 1996
Posted by
Enchek tAj
on Saturday, 1 March 2008
Labels:
kerja-kerji seni
/
Comments: (3)
kekejangan minda berlaku lagi..
umpama siri2 kartun doremon yg dtg kembali...
yg jalannya seperti seorg tua di denai sepi..
tua2..tapi berani
jgn jalan org muda yg megah dengan tshirt haprak si penjajah
yg berani bila di sanggah..
kala sang bomoh menjampi sesampah
yg dok melihat, tenganga taksub...si bodoh yg azalinya bodoh
dh tau bodoh taknak bertanya..
apalah gunanya kau dtg tanpa bertny, pelik sikit dh mula memuja...
bodoh azalinya...katak kalu di ajar berenang tidak berguna..
umpama mempelawa si kenyang tambah nasi kenduri..
tade hasil..
haha..rumah yg besr jangan sangka tade korupsi
yg kecil2 jgn sangaka tanpa proksi..
pedulikan wajah2 yg kecil...
hanya pandang kepala sape yg besar lagi
nyanyi sesampah bermula lagi..
mari menyanyi iringan rebana dan kompang, juga tarian kecapi..
enak sungguh bunyinya...mengasikkn..
tapi yg malangnya lepas menari air segelas tak diberi
yang mengompang tak pat apa
yg di kompang..kenduri lagi..dan lagi..
terus..nanyi lah lagi...