bagaimanakah kamu menyelesaikan masalah? adakah mengambil keputusan utk berdiam adalah satu bentuk penyelesaian? dan kalau ia adalah tindakan/satu cabang penyelesaian, kenapa ia tidak dianggap satu tindakan penyelesaian?,

weekend yg lepas aku turun itu padang utara kat area pj kalu tak salah, aku ke sana untuk menonton perlawanan antara ragbi antara ANSARA TDK vs SAJOHA (kalau x slh) . ini adalah game pertama kami dalam liga alumni. ramai gak la ruggers yg turun dr generasi ke generasi ansara TDK + ansara mrsm lain..yg jr aku pon dh tak kenal,senior pon sama gak..tapi atas semangat ansara,kami join dtg sebagai pemain dan penonton..aku datang dr shah alam,pas potong rambut kat kdi mama bersama wak,ban dan yasro...hehe...result of that match. we're lost to Sahoja..mungkin sbb kami masih x dpt chemistry between players, masih segan2 dan masih x sejiwa la..tu banyak taktik tak menjadi...hahaha..aku pon pade mulanya mau gak join men utk seronok2..ttp masih tatau bile...keinginan dh ada, x mula je..by the way..aku rs bangga gak la sbb pernah men bersama typhoon ( nama pasukan rugby sekolah aku) wpon utk beberapa minit..ttp aku masih pernah jd rugby player gak dulu kn..that all for today..nite!!

kau

tiap kali aku cuba mendekatimu..
seribukali hatiku menjauhimu..
tiap kali aku cuba mencintaimu..
membelaimu dan menyempurnai mu
tiap kali itu aku gagal melakukan apa2..
oh..kau la hidupku
oh..kau la jantungku
dan nyawaku..
oh thesisku..
cepat la siap..
tak mampu aku menanggung sengsara ini...

mau update ini blog?

bila mau update? apa balang mau letak ini blog? celita apa wat story? ala apa dengan ini blog? nanti kasi sy pikir ini bende..
sedutan dr sambutan jubli perak MRSM terendak..
kisah aku,THE DRIVER, dan sorg uncle

aku tiba di mrsm terendak pada ptg jumaat,sekitar jam 8 malam, tujuan aku sampai pada malam hanya sekadar membantu AJK2 sambutan jubli untuk tolong gantung banner dan seangkatan dengannya di balai pelajar...aku tau ajk sume penat, sian aku tgk diorg...so aku harap agar pertolongan yg sekecil ini dapat mengurangan kepenatan diorg pada hari itu...thank to the committee for the enjoyable celebration..

kisahnye bermula begini..sebelum aku mula tolong2 AJK2, aku ada lepak2 kat kaunter depan balai pelajar sambil membelek2 carta organisasi guru semasa di maktab..pas tu ada la aku terperasan sorg uncle ni, berkain pelikat dan bersongkok, aku malas nak tegur die, aku agak die ni mgkn cikgu or someone la yg terlibat gak ngn majlis ni..dalam membelek2 carta tue dengan the driver, kami di tegur oleh Uncle..

uncle: adik ni, dh berapa lama tinggalkan sekolah?

aku dan the driver: kami baru 6 tahun je tinggalkan sekolah ni..

uncle: oo..baru lagi ni..

uncle: pakcik ni (uncle mengenalkan diri dia dan knp dia berada di sini)

Uncle: anak pakcik masuk sini tahun 200X, pastu time f3 dia kena buang......

aku dan the driver: (mengerut dahi,dan berada di dalam pertanyaan) kene buang??

uncle: .....kene buang ke mrsm JASIN. (sambil tersengih skett)

aku dan the driver: owh..(memahami maksud tersirat uncle dan tersenyum kecil,time ni aku menoleh ke lantai..)

uncle: kamu berlajar di mana? (bertanya kepada the driver)

the driver: saya belajar kat UTeM , kat sini je..ambil course bla..bla..bla

uncle: Oh...dan kamu? (bertanya pada aku)

aku: sy belajar itm, kat shah alam course bla bla bla..final yr dh ni

uncle: Oh..(dan berkata sesuatu ttg dirinya mengenai shah alam)

uncle: anak pakcik amik MEDIC...kat CAIRO...universiti X

aku dan the driver: OOO (memahami dan sambil bertentang mata sesama kami)

uncle: nak, pakcik balik dulu ye sok nak kene bla bla bla.....

aku dan the driver: (mengangguk ,senyum dan menerima hulur tangan dr Uncle)

selepas seketika...............sambil memerhati uncle dan keretanye meluru lalu..

aku dan The driver: ANAK PAKCIK AMIK MEDIC !!...KAT CAIRO (meng"anjing'' percakapan uncle, dan cuba memahami pe yg difikirkan oleh uncle, lalu bergelak-gelakan)

kemudiannya aku, the driver. kami brlalu ke balai apai untuk menghisap rokok...(balai apai dh tade,kini tempat tu dikenali dataran usahawan muda kalu x silap)


moral of the story, hisap rokok kat kawasan sekolah buat aku imbau kembali memori2 lama..best beb..

ps- ANK PAKCIK AMIK MEDIK KAT CAIRO!!! (pedulik hapa aku)
SUBUH YG TERAKHIR

ufuk merah telah kelihatan
bakal disinari sang mentari pagi
dan di suatu kawasan tahanan
kisah insan yg dulunya tandus dalam lembah kejahatan
di subuh ini,
telapak tangannya menadah ke timur
dan sedu tangisnya tidak pula di endah keliling.
di kamar akhir ini
dia menyesali silam hitamnya.
doanya pada Allah agar dia diampuni,di berkhati dan di lindungi
tangisnya semakin sayu
rayunya semakin padu
tapi segalanya seolah sudah terlambat
sesungguhnya tuhanmu tidak akan menghampakanmu,
berdoalah selagi ada masa yg tercicir.
untuk subuh yg terakhir kali.
agar kau diampuni.
jahanam kau
.......................................................

bisikanmu membuatkan aku was2.
dikit2 usahamu yg tak pnh padam
aku terpesong dari kiblat yg satu.
bisikanmu buat aku marah.buat aku panas.
lalu aku hembur kata2 maki dan sumpah seranah yg tak putus2.
dan kau seronok melihat keadaan ku..
kau gelak, ketawa sepuas2nya.
bersorak2 kerabatmu melihat perilaku diriku
melihat aku tertewas.
dan ketika aku perlu jalankan kewajipan.
kau urut2 badan ini dikala azan di laungkan
kau bisikan lagi kata2 indah supaya aku terus tenggelam
mengelamun dan terleka
kau senyum lebar, kepuasan
dan demi janji yg kau pernah buat dulu
kau tidak pernah lupa akan menyesatkan kami
hingga masa itu.
jahanam kau dan keturunanmu..
wahai syaitan laknatullah..
.......................................................
ni antara hasil2 kerja aku time cuti sem haritue...tatau nak wat pe, maka mulalah perjalanan bermain dengan kata...

...................................tAj
JALAN

takala aku berdosa
dan menyesalinya
dan mengingatinya sebagai tanda hitam
apabila manusia memandangku sebagai si hina
dan bila dosa ini menghimpit aku ke sudut
dan bila mindaku berputar segala janji2 mu
dengan kekuatan surah yassin
dan mengingati kalimah kun fayakunn
diriku tersembam
kelopak kering ini mula basah
tangisi perbuatan ku
harapan agar dengan kehendakmu Allah
agar diberi aku peluang
untuk menjadi hamba yg patuh
berbekalkan kalimah syahadah
dan doa yg tak pernah putus
agar kau mengampuniku
agar aku ditempatkan dalam janjimu
syurga bagi yg soleh
dan berkat hidup yg berpanjangan
tiada yg mampu ku katakan
sesungguhnya kau tidak pernah dusta
janjimu adalah benar tuhanku
dan kini
kau mengkurniakan aku ketenangan
kegembiraan
dan aku masih berharap
agar aku masih berjalan di ats jalan yg lurus
jalan yg kau redhai selamanya
dan dengan kalimah syahadah ini aku pinta pergi
dari dunia yg fana ini
jejaki kehidupan yg kau janjikan, berkekalan
.........................................................tAj
makin banyak yg nk di luah..makin terkaku jari ni menaip...ermmmnnmm.........................................betul le kata atuk aku dulu