Ini kisah benar

wahai lelaki sebagai kau seorang anak, lelaki kepada seorang perempuan, anak lelaki kepada sepasang ibubapa, abang kepada adik-beradik perempuan.Demi Tuhan yang Esa yang menjadikan kau dari setitk air mani.

dibelenggu di bahumu, seberat-berat tanggungjawab.

dosa dari isteri mu
dosa dari anak-anak mu
dosa dari saudara perempuanmu
dosa dari kedua ibu bapamu.

apakah kewujudan kau hanya patuh untuk menanggung segala dosa?

kekuatan apa yang ada pada mu seorang lelaki untuk segala tanggungjawab ini?

Yang dahulu itu saya, yang kini ini siapa?

Ntah angin mane yang datang menyapa aku, tiba-tiba aku teringat yang aku suka senyum. Ramai jugak yang cakap aku suka senyum sejak dari kecik. Paling baru minggu lepas ibu aku cakap aku suka senyum masa kecik2 ..Masa aku kat MRSM time masuk JDM atas pertuduhan menyakat budak junior iaitu 'syakir sani', ada seorang cikgu english iaitu madam lizawati, dia pun cakap x jadi nak marah aku sebab aku selalu senyum..Encik Rosli pon penah marah aku time aku part 1 kat UiTM seri Iskandar sebab aku senyum time dia marah..tapi start dari dia kalu orang marah aku x senyum dah.

Dan bila kenang balik masa silam tu, aku terasa kehilangan sifat-sifat aku yang dulu, sebab sekarang ni aku jarang senyum..selalu buat muka blurr je. Apa-apa yang di sekeliling pon aku blurrkan selamber..ni adalah ekspresi 'Tanpa Perasaan', dah lama dah pakai topeng ni, esok start balik senyum pada orang.


Sepam rokok lalu menghembus asap ROMANTIK.




Aku mahu berubah

''kerja buat apa yang kita minat, kalu dah tua baru nak menyesal'' dua tiga menjak ni, kata-kata ni sangat bermain-main kat fikiran aku..banyak blog aku surf untuk cari orang-orang yang mengalami dilemma macam aku..oh bestnya kalu aku x buat bende yang membosankan itu, tiap2 hari kerja yang aku buat tu bende yang aku minat..oh best!

Bila nak berubah ni? bila mahu berlari sekuat-kuatnya, bebas dari dari kebosanan, terus sendiri dan secara langsung bekerja dengan Tuhan. tanpa mengharapkan ihsan manusia.


bile dah rasa tahap camni, sanggup aku berpanas berhujan pergi berkebun.

serius.


tapi mak bapak aku still x percaya kat aku.


yela, diorangkan mak bapak.








9 bulan lepas

entry ni mengenangkan pasal aku yg dah nak hampir setahun bergelar sebagai executive muda. ingat senang ke jadi exec ni? gaji je beribu, tapi hujung bulan makan gak beskut jacob cecah nescafe 3 in 1, zaman dulu mungkin le leh dibangga. zaman sekarang jangan mimpi..senior opis aku dulu pon ada kata kat aku, zaman dia dulu grad je gaji dah 1700 x kan zaman sekarang pon same. tu zaman dia. zaman aku pon lebih kurang itu le jugak regenye. siapa yang rajin leh le wat OT ke, cari kerja lain ke, wat part time ke. istilah exec tu tade la segah nyebutnye. ramai je yang turun ke tanah menyembah bumi..(anak muda sekarang x mudah lupe diri cam cerita-cerita novel dulu)


Aku lak dok sesuaikan diri ngn nature kerja. kadang2 bosan, hari2 bosan, tiap kali la aku bosan. bosan je aku tido, aku tido je dah kira bosan le tu..bosan gile..aku pikir kalu wat Msc pon ok gak, tapi nak amik pe? x kan nak wat bende bosan ni lagi? x mau aku! tobat dah bosan gile belajar bende2 ni..


aku riki2 dulu nak wat pe nanti...

amik MBA ka? amik law ka?


Persoalan

Selalu sangat orang cakap, setiap kejayaan itu pasti memerlukan pengngorbanan. soalan aku kat sini, memang wajib ke pengorbanan ini kalu nak berjaya? untuk jawap soalan sendiri mari kita bukak balik kitab-kitab sejarah:


antara peristiwa yang terlintas kat kepala aku sekarang:

1) Pembukaan Kota Islam pertama di dunia; Madinah
2) Kemerdekaan Tanah Melayu 1957
3) Malaysia modern di bawah pimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun
4) Kemenangan besar pembangkang di bawah pimpinan Dato seri Anwar Ibrahim dalam PRU
baru-baru ini.


Di atas adalah antara peristiwa-peristiwa yang aku sempat pikir. apa yang aku nampak. besar atau kecil peristiwa itu..masing-masing memerlukan kita mengorbankan sesuatu untuk mendapat kejayaan. tambah satu soalan lagi.

Apa yang nak dikorbankan??

Pappadom

baru tadi aku layan movie ni kat mines.

ni komen aku..
1) audio cam hampeh time afdlin cakap berbisik2, x jelas apa yg dia cakap.
2) ada part yg audien jadi cam tak tahu nak respon apa..nak gelak or senyap..somebody gelak yg len dok sengih je.
3) setiap watak karakter memang best baik dari saadom,mun,rahmat,shukor dan org kat tepi2 tu, sume terbaik kecuali hishamuddinke hapa namanye, sebab ada scene yg dia nak up kan diri, audien x dapat nak pikap mende tu and some more.
4) jalan cerita sempoi dan kekadang aku rs cam ada yg x cukup tangkap sgt scene2 tu. maybe afdlin ada banyak idea nak masuk,tapi x leh nak bagi masuk kot.
5) kesimpulan aku, ni bukan cerita terbaik dr afdlin sauki..aku menanti yg lain..papehal good work bro!

Apa cite aku kat sana

so cam member-member sume tahu, aku dah bertukar kerja kat putrajaya. tempat baru, officemate baru,workload baru. semua bende baru, cuma aku yang masih sama.Ini tempat hanyalah sekadar medan baru untuk ujian baru kat aku.

Kerja dengan 'diaorang' ni memang cam gile. hari ini bagi, setengah jam diaorang nak! gile kentang. Aku memang betul2 bekerja kat tempat ni. ni lah yang di panggil ROMANTIK!!

Tension dengan keadaan ni? sudah pasti? Menyesal? tidak!! hanya perlu Mara kehadapan. jalan gelap dihadapan, dari jauh aku nampak sinaran kemenangan.

Tempat baru, cara kerja baru, pengalaman pun baru.

inilah jejak-jejak yang aku sedang tinggalkan untuk ke hinggap di hadapan.


korang nak ikut?

No recent update..

Tiada update baru untuk bulan-bulan ini. Sang buana kilau pena sedang menajamkan ilmu penulisan dan makrifat ke tahap 7 petala bumi, diikuti pembukaan 7 mata chakura yang mengaktifkan 7 deria sang buana kilau pena.

tempoh pembejatan dari alam manusia pula akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 bulan purnama penuh..(gile ar)

kepada peminat-peminat siri '' abg macho dek!' nantikan lah kemunculan kedua novel dari tangan keramat ini...hua hua hua


p/s-best gile merapu.