- Salam, hari ini aku nak bercerita mengenai 'mereka'. Siapakah' mereka' ini? dari mana asalnya? bagaimana untuk mengenali mereka dan apakah cerita-cerita mereka yang ingin aku sampaikan kat blog aku ini.
- aku mulakan cerita 'mereka' dengan kisah ini..
- Diantara mereka,dia adalah orang yang menyambung nyawa menerima kedatanganku. dia jugalah orang yang telah menjinakkan aku dengan bahan-bahan bacaan dan set permainan lasy. dia harapkan aku jadi arkitek.
- Diantara mereka, dialah yang menjadikan aku contoh teladan kepada geng bising dalam kelas aku sebagai satu akibat jika budak2 tersebut nak rasa cubitan kat puting dengan kadar 360 darjah. serius sakit yang amat, dan ternyata permainan psychologynya berjaya mententeramkan keadaan kelas aku time tu. Malah sejak dari kecil aku diajar soal 'Professionalism'. saat aku turun dari kenderaan, aku sama cam korang.
- diantara mereka, dia hukum aku dengan bagi aku markah '0' kerana tidak letak nama bapak aku kat kertas ujian Kajian Tempatan. Saat itu hingga sekarang, aku tidak pernah lupa tulis nama sendiri dan berbinkan Latif.
- Di antara mereka, dia pula pernah mengeluarkan pernyataan yang aku berbahasa 'Jawa-German' kerana ketidak upayaan aku utk pronous bait-bait perkataan inggeris dengan baik, malah dia juga memperlekehkan aku di depan ibuku sendiri. aku memang tidak pernah lupa kejadian ini. tapi aku harap aku dapat maafkan dia.
- Diantara mereka, dia seorang yang peramah. dia menyediakan latihan tambahan untuk aku menghadapi peperiksaan PMR, dia amat ambil berat mengenai kesemua 'anak-anaknya' dan penuh rasa tanggungjawab. dia membuatkan aku rasa dihargai, walaupun aku hanyalah 'si bodoh yang tulin' ,dia meletakkan harapan untuk lihat aku berjaya dalam PMR masa itu.
- Diantara mereka, dia yang paling menjelekan. dia tidak ikhlas, aku sering bertanya atas dasar apa dia berada di sini??.adakah dia dibayar dengan hanya memaki hamun kami ketika itu? dia tidak layak bersama kami. setiap apa yang keluar dari mulutnya hanyalah cercaan. di harap dia sudah berubah.
- Diantara mereka. dia lah yang mengajar aku berfikir. dia membentuk kefahaman asasku mengenai ISLAM, dia mengajar asas hukum-hakam agama kepada ku. dia tahu aku cinta subjek ini. dia mendorong aku menjadi muslim yang baik. setiap persoalan dalam ajaran Islam atau isu-isu semasa akan dijawabnya dengan penuh tenang. dia selalunya akan membantu aku mencari jawapan sendiri. apabila benar, barulah dia mengakuinya, sekiranya terdapat kekhilafan, dia akan memperbetulkan jawapan itu supaya dapat diterima oleh ku. dia insan hebat.
- Dia insan yang dikenali dalam habitat ini. katakuncinya ialah 'tegas'. ketegasannya membuatkan aku berfikir, wahai encik tidakkah encik bertanya kepada diri encik yang kami selalu terasa hati? oh, mungkin dia tidak perlu mendengar kata-kata kami. walaupun begitu, dia seorang yang sangat bermotivasi tinggi, kata-katanya selalu saja dapat menaikan semangat kami untuk terus berjaya.
- Inilah kisah-kisah mereka dari perjalanan hidup seorang aku, si bodoh yang tulin.Selagi aku mengakui kebodohanku, selagi itu aku akan menjumpai mereka-mereka ini.sudah dapat teka siapa mereka? merekalah yang kita panggil guru.
Cerita aku untuk mereka
Posted by
Enchek tAj
on Friday, 20 November 2009
/
Comments: (0)
Aku Bosan lagi
Posted by
Enchek tAj
on Monday, 16 November 2009
/
Comments: (0)
Salam, dua tiga bulan ini aku mengalami sejenis penyakit saraf yang aku namakan 'mis identity'. aku amat-amat bosan dan sering kali jemu yang tak berkesudahan setiap kali aku menjalankan pekerjaanku sehari-harian. aku sering merasakan seperti aku memakai identiti orang lain, di dalam jasad aku sendiri.
Pekerjaan yang aku buat, aku kerjakan dengan tenaga kerah, bukan dengan tenaga minat. aku sangar penat memakai identiti ini.sangat-sangat.
Maka, aku aku dengan setech-artnye, mendaftarkan diri dalam pengajian pasca siswazah untuk semester hadapan!! TARAAAAA! going back to school! oh yeahhh !!
so, macammane aku daftar hari tu? aku just fill down course yang aku nak kat Uitm, Dan sedang syok isi tu, aku baru perasan ..ONLINE APPLICATION ALREADY CLOSED..pergh! kecewa! aku pon jadi gelabah gak la..ingatkan sempat nak isi. tengok2 dah tutup.
Lantas, dengan menggunakan ilmu Alam yang aku pelajari setahun ini, aku terus contact faculty tersebut, senang kata, aku ajak borak-borak dulu la ngan person incharge tu, mana tau aku leh masuk kot blakang.
berkat dari pengajian ilmu alam itu. aku dapat la mencipta peluang interview untuk kemasukan sem depan ini.Alhamdulillah, oh, perlu diingatkan, aku masih ada satu cabaran iaitu persiapan hari temuduga.
Selalunya temuduga aku akan prepare la baca-baca yang patut, try pronouns english word yang termampu, takut2 kang terjammed lak pale aku nak pikir time diorang tanya yang pelik2. tapi kali ini aku wat dek je..apsal ye? sebab aku busy la wehhh!!! mane sempat!!
Pada hari yang dijanjikan.
aku dtg bersama sahabat tersayang. dengan muka relaks, aku tegur orang kat kaunter tu, perkenalkan diri aku si berjambang hina ni. ''ye saya bodoh tuan, saya mahu belajar'' kata aku dalam hati, dan puan yang aku selalu contact tu pon memunculkan diri, 'ha! banyak-banyak candidate Tajuddin sorg yang saya tade application form sume'', aku hanya tersengih.
actually, hari tu ada la gak 2,3 candidate yang datang. siap pakai tie lagi..aku just pakai seluar renoma ali dan baju kemeja abg ipar aku. wahh! kombinasi yang baik dimana kedua2 item aku x beli sendiri!
selang sepuluh minit cam tu, nama aku dipanggil,
aku masuk ke bilik ketua program dengan penuh sopan, bagi salam siap dengan tunduk sikit..tanda hormat.
beliau menyapa aku dengan senyum dan mebuka perbualan kami dengan perbualan ringan.
'ok , Tajuddin, so why you interested to continue ur study with our programme, why not you continue ur study with ur previous faculty?''
first2 aku try la nak susun ayat, bile aku rasa cam gampang je pe yang aku cakap terus aku suarakan permintaan aku untuk berbicara dalam bahasa melayu.aku cakap start bukak mulut jek, dia selak aku dengan mengatakan ' our programme will be fully lecture in english,so mind ur self with proper english. '' so aku sampuk ''then , i think it good for me to practice my english''. perbualan seterusnya seperti ayam bercakap dengan itik. dia encourage aku untuk speaking, tapi aku cakap, ''saya tak dapat nak luahkan minat saya yang sangat mendalam untuk course ini kalu saya speaking, selalunya saya susun dulu ayat saya, Dr''. dia seolah faham, dan aku meneruskan penerangan aku mengenai minat aku terhadap course ini..
sebelum keluar dari bilik dia, aku sempat jack sket dia, ''Dr, saya x pernah konvo, kalu Dr izinkan saya nak konvo kali ini..dia cam pelik, dia tanya aku kenapa x konvo sebelum ni, aku balas..'saya risau kalu saya konvo, saya x nak sambung belajar''
lalu, aku meninggalkan beliau dengan sepucuk salam.
Dan, cabaran seterusnya ialah daripada kementerian Pendidikan Malaysia...wahai tuan pegawai, tolong approve biasiswa saya bleh?