Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al Jailani


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Maha suci Allah yang menjadikan aku dari setitis air mani.Yang Maha Hidup dan menghidupkanku, Yang Maha Menyara hidup dan mengatur kehidupanku di dalam rahim.Sesungguhnya aku telah berlaku zalim.
Ya Allah.ketika nyawaku ditarik..jadikanlah kesudahanku, kesudahan yang berbahagia.Amin ya Allah

Nafsu makan

“Jihad yang paling utama adalah seorang berjihad (berjuang) melawan dirinya dan hawa nafsunya.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu. Juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Ad Dailami. Hadits ini dishahihkan oleh Sy. Al-Albani di dalam Shahih Al-Jami’ush-Shagir, no 1099. Dan beliau menjelaskan lebih terperinci dalam silsilah Ash-Shahihah n0.1496

Salam, banyak bende pelik-pelik berlaku dalam gua memperbetulkan diri ni. bile gua nak kurangkan makan ada je bende makan yang datang kat gua sampai menolak-nolak member2 nak belanja.Gua bukan tak nak makan, gua tak nak melayan nafsu makan.Nafsu ni kalu kita layan memang x cukup.tu pasal kalu makan x pernah kenyang. tu baru nafsu makan. nafsu lain2 tu lain-lain masa la gua cite.bagi settle yang ni dulu.

Masa

Sekarang musim banyak esemen., gua jadi tak berapa free sgt.kelas pon padat. every week mesti ada presentation hampir untuk setiap subjek. pagi ke petang kelas, malam wat group discussion pulak.naik lemas.cuma itulah kehidupan.Sapa yang suruh belajar kan? gua sendiri yang mau.Ramadhan pon dah nak dekat.Marilah sama-sama kita puasa zahir batin kita.Salam

Semua yang ada pada kita Milik Allah


"salam sdra, prtame kita prlu faham bhwe smue yg de ddunie ni milik Allah, kite, kluaargge, harte, ilmu, kshtan, mase dll adelh milik Allah, yg kite miliki adalh pinjamn dn amanah. kite dsuruh mncari, mngurus dn mngagihkn ape yg dberi pd kite (smue jd ibadah). bile kite faham bgitu mudah bg kite melakukan sesuatu krna Allah (ikhlas) sbb kite mmbelanja sesuatu/mengeluarkn sesuatu yg Allah punye, bkn kite punye. jd tdak rase ego, bngga diri dll dlm mlaksanakn printahNYE. kite tdk merase kekurngan dr ape yg dkeluarkn krna kite thu Allah akn mnggantikn dgn yg lbh baik lg. oleh itu hati kite trjage dr sifat mazmumah antarenye riak, bangge diri, bakhil dll. banyakkn usahe pndampingn diri kpd Allah, bnyak istighfar dan dalami ilmu tasauf dr semasa k semase, moga Allah mmbantu sdra.........amiiiiin"

tulisan diatas adalah dari seorang yang sangat gua respect dari dulu.Moga Allah berkhati beliau dan keluarganya..aku post kat sini supaya bila aku tercari-cari, aku dapat baca balik dan untuk korang juga.selamat

Any ideas?

aku tade idea nak tulis apa, ada idea? aku lebih RASA lebih suka mendengar sekarang daripada menulis..Ada niat nak menulis, cuma tade idea.so ambil masa sket la aku nak menulis.

Hujan dan Panas

tadi aku tdo sekejap, dari pukul 10 lebih kalu aku x silap. dalam aku tdo, aku dengan cepat masuk ke 'alpa mode', aku sudah berada bersama opis mate aku kat pakatan. masa tu banyak gak muka yg aku x kenal. mungkin ada trainee dan staff baru. kitaorang naik satu lif yang gile laju yang amat dan sangat la cuak ketika itu. ada sorang foreign ni la tanya aku. 'did you play a wooden horse?' aku cam blur-blur. apsal tertiba tanya aku pasal kuda kayu. tetiba je cerita pasal kuda kayu tu aku buat lawak pasal reban ayam. (woi cite apa ni?) ini lah mimpi aku, mane aku tahu dah story line dia cam tu je yg aku ingat.

Ahad yang biasa

Aku tension kerana x dapat bangun pukul 6. aku sambung tdo dan bangun pukul 4. aku mimpi megi aku kene curik dengan kawan. aku x paham apa maksud mimpi tu. walaupun ia panjang dan padat serta berperisa. aku hanya ingat pasal megi? apa significant megi terhadap aku dan aku terhadap megi. sekarang aku suka mengingati mimpi. mana tahu ada cerita yg aku boleh kongsi disini. aku blah dulu, karpet berhabuk dan berhama sedang memanggilku untuk tido.

sebelum itu aku nak preview sedikit seni:

aku di sekitarku
dilindungi dengan kekuasaannya
nafas dengan izinya
dan biarku mati atas namanya.

salam.
''Tidak ada sekecil zarah yg mampu bergerak diluar pengetahuan Allah.

Yang membaca post ini pun dah ditentukan oleh Allah untuk membacanya.
kenapa Allah benarkan si pembaca membaca post ini? menyingkap maksudnya, memahami isinya dan mengamalkan pengertiannnya?

Aku percaya setiap sesuatu itu mesej. kerna datangnya dari Allah. apa yang Allah mahu aku faham dalam situasi ini? aku faham yang menganggu sesuatu( bisikan syaitan) juga dengan izinnya. sebagai ujian bagi hamba-hambanya.

Segalanya nampak benar, segalanya nampak salah. segalanya adalah darinya. itu pasti.