Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al Jailani


Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Maha suci Allah yang menjadikan aku dari setitis air mani.Yang Maha Hidup dan menghidupkanku, Yang Maha Menyara hidup dan mengatur kehidupanku di dalam rahim.Sesungguhnya aku telah berlaku zalim.
Ya Allah.ketika nyawaku ditarik..jadikanlah kesudahanku, kesudahan yang berbahagia.Amin ya Allah

Nafsu makan

“Jihad yang paling utama adalah seorang berjihad (berjuang) melawan dirinya dan hawa nafsunya.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu. Juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dan Ad Dailami. Hadits ini dishahihkan oleh Sy. Al-Albani di dalam Shahih Al-Jami’ush-Shagir, no 1099. Dan beliau menjelaskan lebih terperinci dalam silsilah Ash-Shahihah n0.1496

Salam, banyak bende pelik-pelik berlaku dalam gua memperbetulkan diri ni. bile gua nak kurangkan makan ada je bende makan yang datang kat gua sampai menolak-nolak member2 nak belanja.Gua bukan tak nak makan, gua tak nak melayan nafsu makan.Nafsu ni kalu kita layan memang x cukup.tu pasal kalu makan x pernah kenyang. tu baru nafsu makan. nafsu lain2 tu lain-lain masa la gua cite.bagi settle yang ni dulu.

Masa

Sekarang musim banyak esemen., gua jadi tak berapa free sgt.kelas pon padat. every week mesti ada presentation hampir untuk setiap subjek. pagi ke petang kelas, malam wat group discussion pulak.naik lemas.cuma itulah kehidupan.Sapa yang suruh belajar kan? gua sendiri yang mau.Ramadhan pon dah nak dekat.Marilah sama-sama kita puasa zahir batin kita.Salam