Berbuka@village view






Ini sedikit update dari aku, sabtu bersamaan 28 hb 8 2009 bertempat di restoran Villageview, bangi.
Alhamdulillah, pada tahun ni nampaknya makin ramai rakan taulan batch extdk 98/02 berjaya dikumpul. kedatangan anda amat-amat kami hargai, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama teman-teman lama, maka dapatlah sesama kita bertanya khabar, mengeratkan silaturrahim yang lama ter'renggang dek kerana kesibukan masing-masing dalam kehidupan seharian.

Terima kasih sekali lagi diucapkan bagi kawan yang dtg dari jauh spt dobird,gu hamid dan jiww (diluar lingkungan lembah kelang ni) girl yang hadir huda,fanad ellisha,isma azah, stan, zect & farhana.

Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik..



Berpulau








14 hb 8 2009 PUBSB sebagai sebuah firma juruukurbahan berlesen telah mengadakan satu percutian di Pulau Besar. Percutian ini dihadiri oleh kesemua kakitangan PUBSB yang bernaung di bawah Kelab Sukan dan Rekreasi. Perjalanan dari Bandar baru bangi ke Mersing mengambil masa selama 7 jam dimana kami melalui bukit putus untuk ke mersing. ketibaan kami di mersing di sambut gembira oleh penjual-penjual cendermata dan tshirt.untuk melengkapkan percutian ini, kami sempat membelek-belek swim short untuk membangkitkan mood santai.

perjalanan dari jeti mersing dengan menaiki bot berkuasa kuda 500 cc buatan honda berteknologi vtech melancarkan perjalanan kami ke pulau tersebut.sayup-sayup air masin memercik ke bibir membuatkan kami begitu ghairah untuk sampai. setelah puas menyepetkan mata menahan terik mentari selama hampir 50 minit akhirnya kami sampai ke destinasi.

Landskap semulajadi yang mententeramkan menyegarkan badan yang penat. tanpa membuang masa kami bergegas untuk pendaftaran bilik. setelah mendaftarkan diri penulis tidak menyedarkan diri sehingga maghrib..panjang pulak cam buat esei, akhirkata dari penulis majulah industri pelancongan untuk negara.

Gempur Menara Gading?




Salam, berabuk dah akunye blog ni..dah lama x update.sowi2 semua.

ok la aku nak story sket pasal program GMG yang diadakan di MRSM terendak pada 8 hb 8 2009 yang lalu. Senang cerita program ni bertujuan sebagai satu pendedahan kepada student f5 akan kehidupan di universiti.
as a graduate qs yang baru masuk dunia, aku cerita la pasal cara2 nak dapatkan course ni, senarai universiti yang tawarkan course ini, cara belajar dan bla bla bla..tapi kat dalam kelas tu all the student tu nak wat architecture ( cam aku dulu la ), so aku pon tambah2 la info2 berkenaan life style bebudak architect uitm yang aku tau.
so far aku tengok bebudak ni macam samar2 je apa yg diorang nak amik pas study,hurm..bese la tu, aku pon cm tu gak dulu, pada pandangan aku la, pendedahan cam ni patutnya dah buat kat bebudak f3.so diorang ada 2 tahun nak pikir apa yang diorang nak buat pas spm.sepatutnya nya la diorang dah buat master plan diorang. dah tau apa profession seorang 'ini' dan 'itu'. so tade la jadi cam aku yang nak buat qs, tapi time under age dulu tatau pon qs buat apa.. ha ha ha

Tuhan, kurniakan aku syukur.

Bila tadi aku berfikir,
betapa bestnye menjadi diri aku,
tak kala 1.6 juta graduan di negara China sedang menganggur,
aku dapat kerja baru,
Masa orang lain terjerih menahan kesakitan,
kesakitan aku di hirau ibu bapa dan awek tersayang,
bertapa banyak perhatian yang aku terima,
bunyik sikit orang dah tanya,
indahnye, rasa cam baby lak..

aku sangat gembira,
aku sangat bahagia,
terima kasih Allah,
Aku sembah kepadamu..

(entri ini bukanlah puisi atau apa-apa bahan sastera,ianya hanya luahan hati seorang insan bernama Mohd Tajuddin Latif,PerfectHarmony!)

Balik Kampong

Minggu ni aku balik kampong, ibu aku call minggu lepas dia kata dah lama x jumpe aku,sayu pulak hati aku mendengarnya..sambil menyeluk saku aku mengira baki2 wang yang tinggal..so sabtu tu aku gerak balik segamat bersama gelfren terchenta. sebenarnya minggu ini aku diserang penyakit yang misteri(aku x check lagi)..dada aku dan akar kat gigi aku terasa amat sakit bile time2 malam. dah bape hari aku sek terbangun je akibat kesakitan yang amat sangat. walaupon aku rasa cmtu, tetapi aku tetap kuatkan hati balik kampong jumpa orangtua aku, manele tau kalu gol, dapat gak jumpe mereka. yang best tu mak aku siapkan lauk punya banyak time aku sampai tu, macam2 ada, malam pulak dia bagi aku makan buah-buahan, pergh. dah sayu je ati aku tengok makbapak aku melayan aku cmni..so malam2 cm biasa la sakit aku naik balik, sambil tahan sakit sambil teringt kat kasih sayang org tua aku. bertuah rasanya jadi anak bila kita dapat kenang balik segala jasa2 baik org tua kita, dalam hati aku masih lagi tak mampu nak membalas jasa kedua mereka. aku harap kalu nyawa aku panjang, aku nak jaga kedua mereka sampai akhir hayat. amin.

Aku dan August

Bulan depan adalah bulan paling pack bagi aku, 1hb layan konsert di awan biru besama bro2 PUBSB. 8hb kat melaka bersama geng Ansara dalam program 'Gempur Menara Gading'. 14-16 hb aku kat Pulau besar bersama geng2 PUBSB sekali lagi, kali ni vacation kat sana, abs2 tu aku terus rehat kat umah dan 24 hb aku masuk opis baru kat Glenmarie..
esok kerja..wuhahahaha..bestnye kerja