Maujud

Saat aku melayari internet dalam pencarian yang tak terhenti, tertibak je aku terpaku dengan ayat ini yang ditulis pengarangnya, ''Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud'' aku ni x de la pandai arab, x faham apa makne maujud, so carilah makna itu di laman web lain, maujud ini diertikan sebagai tetap,konkrit dan juga realiti.

Ini lah Malaysia

rupa-rupanya, banyak jugak agensi kerajaan yang menyediakan kemudahan grant dan loan untuk usahawan kat malaysia ni..ada lebih 20 gua cakap kat lu..tapi banyak bidang la. kene tengok la requirement apa yang diorang nak baru boleh apply. tahun depan aku nak try submit satu proposal tgk camne. hope sangkut la.

Menzahirkan Faham Kemanusiaan Menerusi Pinjaman Kecil Tanpa Faedah Wakaf Tunai

Muhammad Hisyam Bin Mohamad
Fellow

21/03/2008 | Utusan Malaysia

Faham kemanusiaan merupakan satu unsur penting yang terdapat di dalam ajaran agama Islam. Pelaksanaan faham kemanusiaan di dalam ajaran agama Islam wujud dalam bentuk wajib dan juga sunat. Akan tetapi, jika kita berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi s.a.w., ia banyak muncul dalam bentuk suatu kewajiban yang setaraf dengan arahan pelaksanaan solat, puasa mahupun haji. Antara arahan-arahan yang dapat diterjemahkan sebagai iltizam ajaran agama Islam untuk memastikan faham ini benar-benar dilaksanakan oleh umat Islam ialah kewajiban berzakat dan beramal jariah. Daripada dua bentuk asas saluran pelaksanaan faham kemanusiaan ini, pelbagai amalan-amalan kebajikan lain yang dapat membantu meningkatkan mutu kehidupan masyarakat dapat dijalankan.

Jika tumpuan amalan zakat lebih menjurus kepada membantu lapan golongan yang telah termaktub di dalam al-Quran, amalan jariah pula lebih besar kesannya dalam meningkatkan taraf hidup keseluruhan anggota masyarakat tanpa mengira bangsa dan latar belakang agama yang mereka anuti. Ia bukan setakat dapat menyelesaikan masalah-masalah yang bersangkut paut dengan penyediaan kemudahan awam, malah boleh digunakan sebagai alat untuk membantu melepaskan golongan daif daripada cengkaman kemiskinan.

Masalah kemiskinan yang berlaku di kebanyakan negara, termasuklah Malaysia, banyak berpunca daripada cara pengagihan kekayaan negara yang tidak sempurna. Keadaan ini diburukkan lagi oleh sistem penyaluran sumber modal yang lebih memihak kepada golongan kaya di mana mereka lebih senang memperolehi pembiayaan atau pinjaman daripada institusi kewangan.

Dalam hal ini, golongan kurang berkemampuan terus terpinggir kerana mereka biasanya berhadapan dengan pelbagai halangan yang dikenakan oleh pihak bank. Ketiadaan harta untuk dijadikan cagaran kepada pinjaman dikenalpasti sebagai salah satu punca mengapa golongan ini disisihkan oleh pihak institusi kewangan. Ini ditambah pula dengan ketiadaan rekod-rekod pinjaman dan sejarah pekerjaan selain daripada taraf pendidikan mereka yang rendah. Pada pandangan pihak perbankan, kesemua ini adalah suatu risiko ke atas wang yang dipinjamkan kepada pelanggan.

Dalam hal ini, pihak perbankan gagal untuk melihat kemampuan sebenar ekonomi sesebuah negara. Sikap pilih kasih dalam urusan pengagihan pinjaman akan hanya menyebab pembangunan hanya tertumpu di kawasan yang terpilih atau kelompok yang tertentu sahaja. Sedangkan jika pinjaman modal diberikan tanpa ada pilih kasih, seluruh anggota masyarakat di dalam sesebuah negara dapat menjalankan usaha-usaha membangunkan kegiatan ekonomi secara bersepadu.

Selain gagal untuk melihat keupayaan penjanaan ekonomi secara menyeluruh melalui pengagihan modal secara saksama, pihak bank juga seakan gagal untuk belajar daripada kesilapan lepas. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak bank dan institusi kewangan yang runtuh kerana memberi pinjaman dalam jumlah yang besar kepada sesebuah perusahaan atau badan korporat tertentu. Sebaliknya, kita tidak pernah mendengar mana-mana bank yang terpaksa ditutup atau diambil alih oleh pihak lain kerana memberi pinjaman kecil kepada pelanggan mereka.

Menurut pakar-pakar dalam bidang pembangunan, kaedah pinjaman kecil merupakan satu cara yang terbaik untuk membasmi kemiskinan. Menerusi kaedah ini, golongan miskin dapat memulakan sesuatu usaha yang dapat menjana pendapatan dan seterusnya dapat mengatasi masalah kemiskinan di peringkat akar umbi. Selain itu, langkah pemberian pinjaman kecil ini juga dapat mengelak golongan ini daripada terus meminta bantuan dan menjadi beban kepada pihak berkuasa mahupun sanak saudara.

Di sini penulis ingin mengenengahkan peranan wakaf tunai (yang juga merupakan satu bentuk saluran pelaksanaan faham kemanusiaan dalam ajaran agama Islam) dalam menyediakan kemudahan pinjaman kecil (micro credit) tanpa faedah kepada golongan miskin.

Bagi mewujudkan satu kerangka wakaf yang berperanan dalam memberi pinjaman kecil tanpa faedah (qard al-hasan), aset utama wakaf tadi perlu wujud dalam bentuk tunai. Bersandarkan kepada syarat wakaf yang ditetap oleh syarak iaitu aset atau benda yang hendak diwakafkan itu mestilah berkekalan, maka terdapat dua pendekatan boleh digunapakai bagi memastikan syarat ini dipatuhi.

Pendekatan pertama ialah menerusi penwujudan penjamin kecairan (guarantors of liquidity ) dan penjamin kerugian (guarantors of losses). Kaedah ini diutarakan oleh Dr. Muhammad Anas Zarqa menerusi cadangan beliau yang bertajuk Monetary Waqf for Micro Finance di dalam satu simposium anjuran Harvard Law School dalam bulan April 2007 yang lepas.

Menerusi cadangan beliau ini, dana wakaf dikumpulkan menerusi sumbangan yang dibuat oleh para dermawan dan juga qard al-hasan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu di dalam masyarakat. Di sini, Dr Muhammad Anas menggabungkan pendekatan wakaf dan pendekatan qard al-hasan untuk membentuk dana pinjaman yang bakal diberikan kepada golongan miskin yang berdaya usaha. Sumbangan penderma adalah dalam bentuk kekal manakala qard al-hasan adalah suatu bentuk pinjaman di mana pemberi pinjam berhak untuk mengeluarkan wang tadi daripada dana wakaf bila masa difikirkan perlu.

Dalam kerangka cadangan ini, penjamin kecairan akan berperanan untuk menyuntik kecairan dalam bentuk pinjaman ke dalam dana. Dalam hal ini, suntikan kecairan tadi tidak akan digunakan untuk disalurkan sebagai pinjaman kepada golongan miskin. Akan tetapi, ia akan digunakan bagi memenuhi keperluan pengeluaran yang mungkin dibuat oleh pemberi qard al-hasan.

Bagi memastikan jumlah dana wakaf tadi tidak berkurangan atau mengalami penyusutan akibat risiko-risiko pinjaman seperti kegagalan peminjam membayar balik, maka penjamin kerugian akan berperanan untuk menampung jumlah yang gagal dibayar balik tadi kepada pengurus wakaf.

Dari segi agihan zakat, mereka yang gagal melunaskan hutang dirujuk sebagai al-gharimin. Jadi mereka berhak menerima agihan zakat bagi membayar balik hutang yang gagal dijelaskan tadi. Justeru, pihak baitulmal atau pusat pungutan zakat, boleh berperanan untuk bertindak sebagai penjamin kerugian dalam kerangka cadangan ini.

Di sini penulis ingin menambah kepada cadangan dibuat oleh Dr. Muhammad Anas dengan memasukkan kaedah perlindungan pinjaman menerusi perkhidmatan takaful. Dengan kata lain selain daripada badan zakat, pengendali takaful juga boleh bertindak sebagai penjamin kerugian.

Di Malaysia, para pengendali takaful ada menawarkan produk yang bertujuan untuk melindungi peminjam daripada gagal membayar balik pinjaman akibat kematian atau keillatan kekal yang dialaminya semasa tempoh pinjaman. Kos untuk menyertai takaful tadi adalah sangat rendah dan ini boleh dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang dibuat.

Pendekatan kedua dalam menjadikan wakaf tunai ini sebagai saluran untuk menyediakan pinjaman kecil kepada golongan miskin adalah seperti yang dicadangkan oleh Dr. M.A Manan. Di dalam syarahan umum beliau yang dihadiri penulis bulan lepas yang dianjurkan oleh pihak International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF), dana wakaf dikumpulkan menerusi penjualan sijil-sijil wakaf oleh pihak pengendali dana. Ia kemudiannya akan diuruskan oleh pengurus dana bagi tujuan pelaburan. Keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tadi akan dijadikan sumber asas untuk diberikan sebagai pinjaman kepada golongan miskin mahupun rancangan-rancangan kemasyarakatan berdaya maju yang lain.

Kaedah ini mirip dengan pendekatan yang sekarang ini digunakan oleh sesetengah pihak di Malaysia yang menjual sijil-sijil wakaf bagi tujuan untuk mendapatkan dana bagi membiayai pembinaan masjid, sekolah agama dan sebagainya. Cuma di Malaysia belum ada lagi penjualan sijil bagi tujuan mewujudkan tabung pinjaman kecil sepertimana yang telah dinyatakan oleh Prof. Dr. M.A Manan tadi.

Usaha untuk memajukan cadangan yang dibuat oleh ahli ekonomi golongan muslimin di atas berkenaan keupayaan wakaf tunai bertindak sebagai sebagai sumber pinjaman kecil bagi memajukan ekonomi masyarakat miskin adalah terletak di bahu setiap umat Islam yang mempunyai kuasa dan kemampuan.

Bagaimanapun pihak perbankan tidak boleh dilihat sebagai pendokong utama dalam memajukan cadangan ini kerana mereka beroperasi atas dasar untuk mengaut keuntungan. Walaupun di luar negara ada bank - seperti Social Investment Bank Limited di Pakistan- yang melaksanakan cadangan Prof. M.A Manan atas dasar tanggungjawab kemasyarakatan, di Malaysia belum ada lagi tanda-tanda pihak industri perbankan yang cenderung ke arah itu. Apa yang ada hanyalah pelaksanaan pemberian pinjaman kecil atas kadar faedah yang rendah yang dibuat atas arahan pihak kerajaan atau Bank Negara Malaysia.

Mungkin pihak Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, ataupun pihak Majlis Agama Islam Negeri, boleh menimbang cadangan yang diutarakan oleh pakar-pakar ekonomi ini. Apapun kejayaan pelaksanaan cadangan bergantung sepenuhnya kepada cara pengurusan dana wakaf itu sendiri. Hanya pihak pengurusan yang amanah dan berwibawa dapat memastikan dana tadi diurus dengan penuh rasa tanggungjawab dan pinjaman diberikan kepada mereka yang betul-betul layak.

Cerita aku untuk mereka

  1. Salam, hari ini aku nak bercerita mengenai 'mereka'. Siapakah' mereka' ini? dari mana asalnya? bagaimana untuk mengenali mereka dan apakah cerita-cerita mereka yang ingin aku sampaikan kat blog aku ini.
  2. aku mulakan cerita 'mereka' dengan kisah ini..
  3. Diantara mereka,dia adalah orang yang menyambung nyawa menerima kedatanganku. dia jugalah orang yang telah menjinakkan aku dengan bahan-bahan bacaan dan set permainan lasy. dia harapkan aku jadi arkitek.
  4. Diantara mereka, dialah yang menjadikan aku contoh teladan kepada geng bising dalam kelas aku sebagai satu akibat jika budak2 tersebut nak rasa cubitan kat puting dengan kadar 360 darjah. serius sakit yang amat, dan ternyata permainan psychologynya berjaya mententeramkan keadaan kelas aku time tu. Malah sejak dari kecil aku diajar soal 'Professionalism'. saat aku turun dari kenderaan, aku sama cam korang.
  5. diantara mereka, dia hukum aku dengan bagi aku markah '0' kerana tidak letak nama bapak aku kat kertas ujian Kajian Tempatan. Saat itu hingga sekarang, aku tidak pernah lupa tulis nama sendiri dan berbinkan Latif.
  6. Di antara mereka, dia pula pernah mengeluarkan pernyataan yang aku berbahasa 'Jawa-German' kerana ketidak upayaan aku utk pronous bait-bait perkataan inggeris dengan baik, malah dia juga memperlekehkan aku di depan ibuku sendiri. aku memang tidak pernah lupa kejadian ini. tapi aku harap aku dapat maafkan dia.
  7. Diantara mereka, dia seorang yang peramah. dia menyediakan latihan tambahan untuk aku menghadapi peperiksaan PMR, dia amat ambil berat mengenai kesemua 'anak-anaknya' dan penuh rasa tanggungjawab. dia membuatkan aku rasa dihargai, walaupun aku hanyalah 'si bodoh yang tulin' ,dia meletakkan harapan untuk lihat aku berjaya dalam PMR masa itu.
  8. Diantara mereka, dia yang paling menjelekan. dia tidak ikhlas, aku sering bertanya atas dasar apa dia berada di sini??.adakah dia dibayar dengan hanya memaki hamun kami ketika itu? dia tidak layak bersama kami. setiap apa yang keluar dari mulutnya hanyalah cercaan. di harap dia sudah berubah.
  9. Diantara mereka. dia lah yang mengajar aku berfikir. dia membentuk kefahaman asasku mengenai ISLAM, dia mengajar asas hukum-hakam agama kepada ku. dia tahu aku cinta subjek ini. dia mendorong aku menjadi muslim yang baik. setiap persoalan dalam ajaran Islam atau isu-isu semasa akan dijawabnya dengan penuh tenang. dia selalunya akan membantu aku mencari jawapan sendiri. apabila benar, barulah dia mengakuinya, sekiranya terdapat kekhilafan, dia akan memperbetulkan jawapan itu supaya dapat diterima oleh ku. dia insan hebat.
  10. Dia insan yang dikenali dalam habitat ini. katakuncinya ialah 'tegas'. ketegasannya membuatkan aku berfikir, wahai encik tidakkah encik bertanya kepada diri encik yang kami selalu terasa hati? oh, mungkin dia tidak perlu mendengar kata-kata kami. walaupun begitu, dia seorang yang sangat bermotivasi tinggi, kata-katanya selalu saja dapat menaikan semangat kami untuk terus berjaya.
  11. Inilah kisah-kisah mereka dari perjalanan hidup seorang aku, si bodoh yang tulin.Selagi aku mengakui kebodohanku, selagi itu aku akan menjumpai mereka-mereka ini.sudah dapat teka siapa mereka? merekalah yang kita panggil guru.

Aku Bosan lagi

Salam, dua tiga bulan ini aku mengalami sejenis penyakit saraf yang aku namakan 'mis identity'. aku amat-amat bosan dan sering kali jemu yang tak berkesudahan setiap kali aku menjalankan pekerjaanku sehari-harian. aku sering merasakan seperti aku memakai identiti orang lain, di dalam jasad aku sendiri.
Pekerjaan yang aku buat, aku kerjakan dengan tenaga kerah, bukan dengan tenaga minat. aku sangar penat memakai identiti ini.sangat-sangat.
Maka, aku aku dengan setech-artnye, mendaftarkan diri dalam pengajian pasca siswazah untuk semester hadapan!! TARAAAAA! going back to school! oh yeahhh !!

so, macammane aku daftar hari tu? aku just fill down course yang aku nak kat Uitm, Dan sedang syok isi tu, aku baru perasan ..ONLINE APPLICATION ALREADY CLOSED..pergh! kecewa! aku pon jadi gelabah gak la..ingatkan sempat nak isi. tengok2 dah tutup.

Lantas, dengan menggunakan ilmu Alam yang aku pelajari setahun ini, aku terus contact faculty tersebut, senang kata, aku ajak borak-borak dulu la ngan person incharge tu, mana tau aku leh masuk kot blakang.

berkat dari pengajian ilmu alam itu. aku dapat la mencipta peluang interview untuk kemasukan sem depan ini.Alhamdulillah, oh, perlu diingatkan, aku masih ada satu cabaran iaitu persiapan hari temuduga.

Selalunya temuduga aku akan prepare la baca-baca yang patut, try pronouns english word yang termampu, takut2 kang terjammed lak pale aku nak pikir time diorang tanya yang pelik2. tapi kali ini aku wat dek je..apsal ye? sebab aku busy la wehhh!!! mane sempat!!


Pada hari yang dijanjikan.
aku dtg bersama sahabat tersayang. dengan muka relaks, aku tegur orang kat kaunter tu, perkenalkan diri aku si berjambang hina ni. ''ye saya bodoh tuan, saya mahu belajar'' kata aku dalam hati, dan puan yang aku selalu contact tu pon memunculkan diri, 'ha! banyak-banyak candidate Tajuddin sorg yang saya tade application form sume'', aku hanya tersengih.

actually, hari tu ada la gak 2,3 candidate yang datang. siap pakai tie lagi..aku just pakai seluar renoma ali dan baju kemeja abg ipar aku. wahh! kombinasi yang baik dimana kedua2 item aku x beli sendiri!

selang sepuluh minit cam tu, nama aku dipanggil,
aku masuk ke bilik ketua program dengan penuh sopan, bagi salam siap dengan tunduk sikit..tanda hormat.

beliau menyapa aku dengan senyum dan mebuka perbualan kami dengan perbualan ringan.
'ok , Tajuddin, so why you interested to continue ur study with our programme, why not you continue ur study with ur previous faculty?''
first2 aku try la nak susun ayat, bile aku rasa cam gampang je pe yang aku cakap terus aku suarakan permintaan aku untuk berbicara dalam bahasa melayu.aku cakap start bukak mulut jek, dia selak aku dengan mengatakan ' our programme will be fully lecture in english,so mind ur self with proper english. '' so aku sampuk ''then , i think it good for me to practice my english''. perbualan seterusnya seperti ayam bercakap dengan itik. dia encourage aku untuk speaking, tapi aku cakap, ''saya tak dapat nak luahkan minat saya yang sangat mendalam untuk course ini kalu saya speaking, selalunya saya susun dulu ayat saya, Dr''. dia seolah faham, dan aku meneruskan penerangan aku mengenai minat aku terhadap course ini..

sebelum keluar dari bilik dia, aku sempat jack sket dia, ''Dr, saya x pernah konvo, kalu Dr izinkan saya nak konvo kali ini..dia cam pelik, dia tanya aku kenapa x konvo sebelum ni, aku balas..'saya risau kalu saya konvo, saya x nak sambung belajar''

lalu, aku meninggalkan beliau dengan sepucuk salam.




Dan, cabaran seterusnya ialah daripada kementerian Pendidikan Malaysia...wahai tuan pegawai, tolong approve biasiswa saya bleh?

Ini kisah benar

wahai lelaki sebagai kau seorang anak, lelaki kepada seorang perempuan, anak lelaki kepada sepasang ibubapa, abang kepada adik-beradik perempuan.Demi Tuhan yang Esa yang menjadikan kau dari setitk air mani.

dibelenggu di bahumu, seberat-berat tanggungjawab.

dosa dari isteri mu
dosa dari anak-anak mu
dosa dari saudara perempuanmu
dosa dari kedua ibu bapamu.

apakah kewujudan kau hanya patuh untuk menanggung segala dosa?

kekuatan apa yang ada pada mu seorang lelaki untuk segala tanggungjawab ini?

Yang dahulu itu saya, yang kini ini siapa?

Ntah angin mane yang datang menyapa aku, tiba-tiba aku teringat yang aku suka senyum. Ramai jugak yang cakap aku suka senyum sejak dari kecik. Paling baru minggu lepas ibu aku cakap aku suka senyum masa kecik2 ..Masa aku kat MRSM time masuk JDM atas pertuduhan menyakat budak junior iaitu 'syakir sani', ada seorang cikgu english iaitu madam lizawati, dia pun cakap x jadi nak marah aku sebab aku selalu senyum..Encik Rosli pon penah marah aku time aku part 1 kat UiTM seri Iskandar sebab aku senyum time dia marah..tapi start dari dia kalu orang marah aku x senyum dah.

Dan bila kenang balik masa silam tu, aku terasa kehilangan sifat-sifat aku yang dulu, sebab sekarang ni aku jarang senyum..selalu buat muka blurr je. Apa-apa yang di sekeliling pon aku blurrkan selamber..ni adalah ekspresi 'Tanpa Perasaan', dah lama dah pakai topeng ni, esok start balik senyum pada orang.


Sepam rokok lalu menghembus asap ROMANTIK.