erythromycin

belum masanya lagi
untuk aku hayun kaki
lepasi garis itu

hanya garis itu
yg amat aku inginkan
tuk tahu kesudahan

dan kerana garis itu
aku jadi sesak
dengan setiap kejutan

siapa sangka
siapa duga
aku jadi gila
tuk tahu masa depan

siapa sangka
siapa duga
aku jadi dungu
kerana garis itu

biarlah kau garis
masih di hadapan ku
tak mahu ku bertanya


aku hanya menduga
segala bukan milik kita
aku hanya tertanya..

0 comments: