Deserve


petang itu mr bluroses sedang lepak di warung haji adi, mungkin kerana dia baru sampai, teh halia panas kegemarannya belum siap, sambil menunggu, berkepul-kepul asap rokok keluar dr mulutnya. matanya sedang asyik melihat seorang tua di seberang jalan.org tua itu kelihatan sangat daif, pakaiannya compang camping, capalnya hanya selipar buruk dan bersamanya sampah sarap yg di kumpul dan di asingkan, tetapi wajahnya bersih,ceria dan seolah redha dengan pekerjaannya itu. mr blueroses masih asik memandang gelagat org tua itu sampaikan tidak pula dia sedar akan teh halia panas kegemarannya telah siap,haji adi yang terperasan akan kelakuannya itu mencuit sedikit bahu mr blueroses. " itu samad kotak, kerjanya mengutip sampah sarap di kawasan kita ini,asik sangat kamu memandangnya sampaikan air sampai pun tidak perasan,usik haji adi..mr bluroses tersenyum, di cicipnya sedikit air yg panas itu. 'mukanya bersih, ceria dan nampak tenang' balas mr blueroses. org yg bersyukur mmg diberikan wajah yg bercahaya, jawab haji adi sambil memandang ke arah lelaki tua itu..mr blueroses mengangguk perlahan tanda bersetuju lalu menyedut baki rokok yg tinggal.

-dan kepul asap memenuhi ruang warung usang itu.

0 comments: