
hari ini, Mr blueroses ke kebun durian ramli kambing, ramli kambing telah mempelawa mr blueroses bertandang ke pondok buruknya tuk menjamah hasil mahsul tanaman pada tahun ini, sesampainya di sana ramli kambing mempelawa mr blueroses ke beranda pondok itu, dr tangga kayu itu,sudah kelihatan berbakul2 durian terlonggok disitu, "murah rezeki kau ramli tahun ni, hasil tahun ini lebat juga ye" seraya melemparkan senyuman, ramli kambing membalas ucapan itu dengan senyuman, terlihat tanda2 syukur dalam hati perkebun itu dengan rezeki yg telah Allah berikan.keduanya bersila sambil ramli kambing memilih2 durian yg dilonggokkan di dalam bakul, dia cuba mencari durian yg terbaik di dlam raga rotan itu, tetapi setelah memilih2, ramli kambing kebingungan, lalu memutuskan supaya mr blueroses membuat pilihannya sendiri, "kau pilih la durian yg kau mahu, kulitnya cantik-cantik dan tiada kesan dirosak oleh serangga atau tupai,pilih saja la dan makan lah ikut mampumu"..mr blueroses yg tidak berpengalaman menilik durian memilih durian yg paling cantik dan besar, dengan harapan rasanya manis dan isinya tebal, lalu diberikan kepada ramli kambing untuk dikupas.setelah di kupas, isi durian itu dijamah oleh kedua sahabat itu, malangnya rasanya tidak manis, malah tawar..dan isinya juga masih keras, maka kecewalah mr blueroses kerana tanggapannya meleset sama sekali...jamuan itu diteruskan..
0 comments:
Post a Comment