Surat dari kawan

beb..hidup wa ni cm pelik je, wa baru pas clash..mmg sedeh la, wa nak tunang ngn dia hujung tahun depan, tapi Allah tu maha kuasa beb. Dia lagi tahu pe yg better tuk wa, maka terbatal la perkahwinan ini..wa yg mintak clash beb, wa mula tertibe hilang harapan kat dia beb, wa jadi tak kenal diri dia, dia ok beb, tapi wa yg berat hati pegi mintak clash, itu pon pas wa pikir masak2. wa tau wa salah, tapi dalam hati wa dh tade harapan untuk bersama dengan dia beb, wa sayang dia beb. tapi hati wa ni taleh terima kasih dia lagi..so wa declare tuk clash..nak jadi cte ntah dr mana ntah ex wa dengar wa ada simpan awek lain..pehh, bengang wa dengar cm tu, seyes beb, lu bukan takkenal wa, wa kalu couple mmg setia pada yg satu, tade main kayu2 tiganya.wa bukan don juan ke casanova men kayu2 tiga ni. ni yg jadi hati wa lagi bengang ngn ex wa. sampai hati dia ckp wa cm tu. then dah beberapa ketika wa clash, untuk menghilangkan rasa kecewa wa kenal2 la ngn sorg awek ni..alhamdulillah beb, wa ok sekrg. wa dpt la ringankan beban wa sbb kecewa plan kawin tak jadi. wa ingat kalu panjang jodoh awek yg latest ni wa nak usha wat bini, lu tau la wa kan, matlamat mmg jauh tahap 7 petala langit. bukan pe beb, ingat wa suke ke couple banyak2 kali, asik keceper jew..lu pon paham kan perasaan wa, kita bukan sehari dua kenal, gua tau lu mesti pk yg bukan2 nye, dan wa tahu juga lu mesti suh wa ikut pertimbangan wa sendiri kan...gua kenal sama lu beb, wa harap lu doakan la wa agar wa tak keceper lagi. lu mesti nak tgk wa hepi kan. salam sayang wa kat lu..


My 23rd of 22 august 2008

kamus ini dah makin tebal dengan istilah
makin tebal makin buat ia sukar diolah.
makin banyak kita tahu makin banyak pulak yang kita perlu ambil tahu.
hidup pun semakin lama, mesti buat ia semakin gembira.
takkan tulis yg luka-luka saje, sampai bila?
kau dan aku.
bukan kami tahu masa depan.
maka, berjalan la mara ke hadapan.
yang di belakang,
buat kita sama-sama pandang-pandang.

Satu hari nanti aku mau...

1) superbike sebijik-cm hayabusa,cbr1000, tak pon r1 la
2) BMw 3 series (model ?)..ni series yg lamenye..mmg aku sgt suke model tu..
3) Toyota caldina- body caldina mmg sweet dlm masa yg sama leh angkut reramai .
4) rumah kediaman- rumah yg selesa, siap de garden ngn bench tuk aku lepak2.
5) sistem perniagaan pasti menang!!- haha, ni yg paling2 aku mau..tunggu!!
6) library- koleksi buku2 kesukaan aku kat umah, santai...
7) mesin urut- diperlukan pas kalu binik aku malas ngurut..weeee~

Spread you wing


Peluh di dahinya bercucuran, di belek-belek text pidatonya pada hari ini. tidak pernah seumur hidupnya menyertai pertandingan pidato ,disebabkan hasan selekoh kemalangan dan masih perlukan rawatan, tok penghulu dolah merayu-rayu mr blueroses mengantikan tempat hasan selekoh sebagai wakil pidato kampung pagar goyang. ini pon atas cadangan din spanar selaku ajk pidato kampung pagar goyang ,akhirnya tok penghulu dolah datang berjumpa mrblueroses, oleh kerana tidak mahu meghampakan tok penghulu, mr blueroses dengan keterpaksaan menerima tugasan yg berat itu, dia sanggup hafal text pidato siang dan malam..dan dia sanggup ulang alik ke hospital semata-mata mahu berguru dengan hasan selekoh yg sedang sakit-sakit itu. segalanya demi maruah kampung pagar goyang yg tercinta ini.. lamunannya terganggu oleh kerana namanya di sebut-sebut oleh tuan pengerusi majlis, deru tepukan diluar tabir merah itu membuatkan jantungnya terhenti..sunyi sepi kotak mindanya apabila namanya disorak-sorak oleh penonton-penonton yg datang dari kampung pagar goyang, mrblueroses menarik nafas yang dalam, di helanya perlahan dan dengan berkat bismillah, mr blueroses membulatkan tekad dan melangkah gagah ke arena pentas...

mata audien tertumpu ke arahnya.

Deserve


petang itu mr bluroses sedang lepak di warung haji adi, mungkin kerana dia baru sampai, teh halia panas kegemarannya belum siap, sambil menunggu, berkepul-kepul asap rokok keluar dr mulutnya. matanya sedang asyik melihat seorang tua di seberang jalan.org tua itu kelihatan sangat daif, pakaiannya compang camping, capalnya hanya selipar buruk dan bersamanya sampah sarap yg di kumpul dan di asingkan, tetapi wajahnya bersih,ceria dan seolah redha dengan pekerjaannya itu. mr blueroses masih asik memandang gelagat org tua itu sampaikan tidak pula dia sedar akan teh halia panas kegemarannya telah siap,haji adi yang terperasan akan kelakuannya itu mencuit sedikit bahu mr blueroses. " itu samad kotak, kerjanya mengutip sampah sarap di kawasan kita ini,asik sangat kamu memandangnya sampaikan air sampai pun tidak perasan,usik haji adi..mr bluroses tersenyum, di cicipnya sedikit air yg panas itu. 'mukanya bersih, ceria dan nampak tenang' balas mr blueroses. org yg bersyukur mmg diberikan wajah yg bercahaya, jawab haji adi sambil memandang ke arah lelaki tua itu..mr blueroses mengangguk perlahan tanda bersetuju lalu menyedut baki rokok yg tinggal.

-dan kepul asap memenuhi ruang warung usang itu.

Self conflict


jam sedang menunjukkan ke pukul 12 malam, Mr blueroses tidak mampu lena, hatinya bergolak..dia masih tidak mampu melelapkan mata..fikirannya jauh mengingati peristiwa pada petang itu, mindanya tidak mampu menolak untuk tidak memikirkan peristiwa pada petang itu, " kenapa..kenapa!!" dalam bicara yg lemah, dia cuba mencari jawapan untuk setiap persoalan, tetapi seringkali menjumpai jalan buntu. peristiwa itu betul-betul mengganggu lenanya malam ini, dia betul2 tewas...dengan hati yg berat, diterkupnya bantal di kepala, dengan harapan dia mampu menutup segalanya masalah yg melanda, dengan harapan tiada suara-suara kecil mengganggunya..dengan harapan tindakannya akan melegakan hatinya yg sedang memberontak..dia tak sanggup untuk berfikir lagi..biarlah..

Tragedy that never been told



hari ini, Mr blueroses ke kebun durian ramli kambing, ramli kambing telah mempelawa mr blueroses bertandang ke pondok buruknya tuk menjamah hasil mahsul tanaman pada tahun ini, sesampainya di sana ramli kambing mempelawa mr blueroses ke beranda pondok itu, dr tangga kayu itu,sudah kelihatan berbakul2 durian terlonggok disitu, "murah rezeki kau ramli tahun ni, hasil tahun ini lebat juga ye" seraya melemparkan senyuman, ramli kambing membalas ucapan itu dengan senyuman, terlihat tanda2 syukur dalam hati perkebun itu dengan rezeki yg telah Allah berikan.keduanya bersila sambil ramli kambing memilih2 durian yg dilonggokkan di dalam bakul, dia cuba mencari durian yg terbaik di dlam raga rotan itu, tetapi setelah memilih2, ramli kambing kebingungan, lalu memutuskan supaya mr blueroses membuat pilihannya sendiri, "kau pilih la durian yg kau mahu, kulitnya cantik-cantik dan tiada kesan dirosak oleh serangga atau tupai,pilih saja la dan makan lah ikut mampumu"..mr blueroses yg tidak berpengalaman menilik durian memilih durian yg paling cantik dan besar, dengan harapan rasanya manis dan isinya tebal, lalu diberikan kepada ramli kambing untuk dikupas.setelah di kupas, isi durian itu dijamah oleh kedua sahabat itu, malangnya rasanya tidak manis, malah tawar..dan isinya juga masih keras, maka kecewalah mr blueroses kerana tanggapannya meleset sama sekali...jamuan itu diteruskan..