aku dan sekeping matlamat(flame and frost cant change me)

Year 2009 will coming soon my dear frens..like an usual, we owez make a plan/target for a new year is'it? why not u read my 2009 plan, comment,suggestion or ideas are welcome..

1) Attend PNS programme and get loan to open francise outlet, im thinkg of the most suitable francise which suit for me.anyone? by this time,im prefer to open a bookstore like MPH or Rythme...n it will cost myr 5k for full course with PNS and 10% of total cost project..suppose cost  a big money!! additionally, it will sacrifice ur current  job too.. pain= gain

2) Attend NIOSH programme and get certification of safety and health officer- rumors says u will be paid more then 5k monthly salary just for this certification.. and its will cost u up to myr 4.2k for 22 days programme+examination.worthy or not?

3) Safety officer certification under PUSPATRI..verified by NIOSH and it's totally free!! totally worthy!!

4) Further my studies in MBA at MSU..business is my interest, so i think it's time for me to choose what i want to be and stop telling people how poor im wheres living in this world without a right to choose my life path..hehehe..it's quite questioning why im interested further study at MSU..hurm?  regarding to my bro inlaw under MSU, they have create an unique sllybus,where u setup a business and study ur business to get MBA, as a result,after graduate..u will receive a sheet of paper for graduate in MBA plus ur own business too..hawawawawa~

5) if all listed above is not accomplish..im still a graduate Qs..i have a good job, promising career development, have a nice boss and officemate thus it's still keep me happy rite now!! alhamdulillah


last but not least..
hope, anything will be as what i planned..amin yaAllah

hanya kau yg aku sembah dan hanya kaulah tempat aku memohon pertolongan


Dari sappil untuk aku

1. What is the relationship of you and him/her?
-kami adalah rakan sejenis

2. Your impressions towards him/her.
-sappil adalah sappil

3. The most memorable things he/she had done for you.
-sapil menjala bersama bapakku..kire ganti tempat aku la saat tu

5. If he/she become your lover, you will...
-sapil jadi anak ikan aku? erkkk...

6. If he/she become your enemy, you will...
-aku gelek dia pakai basikal darin

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
-tolong la...aku bukan gay

8. If he/she become your enemy, the reason is..
-kalu dia kawen ngn awek aku..waaaaa!

9. The most desirable thing to do on him/her is?
-tgk sapil sambil tersengih..hehehe

10. The overall impression of him/her is...
-sapil= nizam

11. How do you think the people around you will feel about you?
-ntah..

12. The character of you for yourself is?
-aku ke? aku org seni halus..pandang pape pon halus je..haha

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
-aku x suka aku yang malas

14. The most ideal person that you wanna be is?
-Muhammad S.A.W..(same la cm ko pil)

15. For the people who likes you, say something to them.
-anda suka saya? apa kata anda calonkan saya sebagai wakil rakyat di tempat anda!!

16. 8 people to tag:
as an usual...lu pikir la sendirik..


p/s-terindu lak kat awek aku..

Majlis perkahwinan

selamat pengatin baru buat kawan2 iaitu anne dan ghazali, azira dan suami, shuk ng atun untuk perkahwinan tahun ini, and sorry sesangat mane2 yang terkurang dari aku, x sempat nak dtg or beri hadiah ke..jangan kecik hati..nant korang claim balik la tahun depan..hahaha papehal pon, selamat menempuh onak dan duri di alam perkahwinan dan ingat2 lah amanah kita sebagai suami or isteri dan heppy2 selalu ye..zasss!

Dari sappil untuk aku

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
-Matlamat

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
-mild seven original.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
-di masjidil haram

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
-rasanya...mestilah berkekalan

5. Adakah anda dilamun cinta?
-ye, saya sedang dilamun cinta dengan awek saya, kenapa? ada masalah?

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
-sharifah for everyday.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
-personal note

8. Apakah nama penuh kamu?
-aku tade masa nak jawap soklan ni

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
-lebih senang kedua2nya.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
-warren buffet, nak tau cmne la org tua ni fikir psl duit.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
-sahabat aku terlalu ramai..mereka yg memperbaiki kesalahanku.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
-kakak aku kan ada.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
-stakat ni, tempat yg dipenuhi oleh sahabat.

14. Pelukan atau ciuman?
-kasih sayang dari yg tiada tangan dan bibir kan lebih indah

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
-sappil
-dia gemok cam dia lah
-dia single 3 lagi.
-dok atas kapal
-dia adalah haizanizam dan dia sapil


16. 8 perkara yang amat saya gilai.

-buku2 kewangan
-awek
-anak buah
-bisness
-makan yg sedap
-superbike
-duit
-bermalas-malasan

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan.
-hang memang palat!
-lek bro..
-anda salah!!
-sial la!
-saya bodoh tuan!
-apsal la aku kat sini!!
-bila?
-argh..

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
-bike trader
-mastika
-report intem no 10
-contract intem
-buku personal note
tade masa nak bc buku

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
-aku x sempat layan lagu la

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-thesis adalah penting, tapi Allah telah menyelamatkan ku.
-aku sorg tua yg berumur 23.
-segalanya amat penting, tapi mana yg perlu didahulukan?
-rakan bergelak kacang piss je nak dapat.
-dunya qs mmg seperti yang aku gambarkan...
-hanya Allah la tempat yg aku sembah..dan kepadanyalah aku bermohon pertolongan.
-dunia amat indah jika aku mengindahkannya.
-degree itu mmg sekeping kertas

21. Mari men'tag' 8 orang lain.
-aku wat ni pon sbb dh nak balik dah...korang yg nak wat tu, buat la, sape2 pon boleh

Dari kaca mata

gua summerize je la.

1) time gua marah, dia akan cool je.so gua pon akan jadi cool pas tu.
2) inner beauty.
3) kalu pejam mata kompom wa nampak dia senyum.
4) dia amat mudah untuk dijaga.
5) kawan wa paling baik..
6) pandai jaga hati beb.
7) berbakat menyertai raja lawak
8) very understanding..=)
bos gua memang lawak..aduh aku takleh blah time dia cte sal khasiat ubat-ubatb yg dia pakai,sampai masuk spital beb..perut panas , dia juga pandai shuffle time kiteorang tgh control macho kat restoran buloh..bos..boss hahaha
aku cuma mau jadi baik
untuk kehidupan yg sekali ini
aku cuma mau masuk syurga
untuk kehidupan yang selepas ini
aku hanya mau mencintai 'DIA'
aku hanya mau menyebut namanya
aku hanya mau rs hampir kepadanya
aku hanya mau merasainya kasihnya
menjadi diantara kekasihnya
menjadi hambanya yang patuh
menjadi tetamu pada syurganya
aku hanya ada sekali peluang
pada kehidupan ini. hanya sekali
dh kul 4 kan..erm, dh lama tak membuang masa cm ni..sambil2 update blog wa layan lagu calling u dari outlandish..gua suka lagu-lagu dunia yg keakhiratan ni, sambil2 melihat dunia kita perhatikan akhirat jua. wa pon cam lu orang gak, ada masa baik jahat...dunia sangat manis kalu di jamah ingatan kepada akhirat, tanpa ingatan kita hanyalah hamba dunia..tidak salah mengejar dunia, akhirat mesti didahulukan..semoga tangga masa yg lu dan gua pijak akan mengingati kita pada yg maha satu. kerana dialah yang menjanjikan kebaikan kepada kita. dan dengan mengingati antara satu kita akan beroleh kemenangan disana kelak..BTW wa pon bukan baik sangat, just keep in mind, sape yg tanak masuk syurga kan?
holla..salam dh lame tak update blog. gua busy, busy menyuaikan diri dengan keadaan, minggu pertama aku keje akan gua ingat seumur hidup...pergh..hari pertama dh kene stayback, hari yg seterusnye hanya balik mandi dan baring di rumah..pas tu sambung g opis lagi..oh tuhanku, inilah dunia rupenye...

Holla

buat pengetahuan sume, gua dh habis belajar..habis belajar jek, thesis x settle lagi. kehkehkeh..malasnye la nak wat thesis..selama menjadi penganggur selama 3 hari, gua dh rs bosan. khamis ni start keje kat bangi..bekerja kat seksyen 9. gua kerja ngn firm qs. syahdu pulak bila tinggalkn itm ni..damn!! i really miss my past time ,hanging with few frenz and hit the street like we owned it..i really miss it..its hard to think all of that, like ur body part is detach from u.. forsure, it cant be just what i wanna it to be..for my graduation, thank to family and friend..for your kindness and company..thanks

another side of coin..

aku dapat berita best, berita yg memang aku jangkakan dan aku harap tidak menjadi, cuba teka? kalu dapat teka dalam satu saat ni aku bagi 2 cent..hahaha mau? mau? lambat!!!
dan beritanya.......aku x grad sem ni..

hoho..aku tak grad lagi pasal thesis cm sampah, sume taktik2 kotor aku tidak menjadi, dan aku menerimanya dengan pelbagai persoalan..apa akan jadi kalu delay satu sem? masa depan aku hancur ke? marah ke mak pak aku kalu tahu psl hal ni? ....so cm besa la..lu pikir la sendirik!!

aku terima je sume ni sebagai kelemahan aku, aku tau aku x cukup usaha, dan ini la balasannya.."Cantek bukan?". perancangan ms tetap sama, cuma perubahan plan perlu dilakukan sedikit...dan perjuangan masih belum selesai.

nak tahu apa yg aku dapat dr kegagalan ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
psssstt!!! aku terjumpe sesuatu..dan ia bernilai, menarik dan penuh misteri, kalu dh nama misteri, mmg tak boleh bgtau la kn..end of post..bubbye..

kembara raya johor 7

sesi beraya ke rumah noly di taman marini

posing lagi..selepas membedal nasi impit dan kari..
white gang t-shirt berposing
posing terakhir sebelum memulakan perjalanan pulang...kembara raya johor yg berjaya, terima kasih NAKAMA

kembara raya johor 6

beraya di rumah pae..huhu, thanks b, air carrot tuh mmg special..
seyes aku penat seharian dalam keta..dan segar seketika di pic ini..hak hak hak!

kembara raya johor 5

isi minyak dulu..time ni jalan tgh busy..n masih sempat berposing


sampai umah ason pon dh maghrib..makan lagi!!pose sebelum beraya ke rumah apen..penat beb..so journey bersambng ke johor bahru

kembara raya johor 4

beraya di rumah apez, parit seri baharom..makan lagi
borak2 santai bersama kapitan batch


posing paling mahal abad ini..meneruskan perjalanan ke kluang dan disertai apez..

kembara raya johor 3

row sedang memberi arahan kat kamal yg dalam perjalanan ke batu pahat dari umbai.



posing sket...kalu la korg leh rasa keterikan matahari time ni..

kembara raya johor 2

(pic kat umah apan di pagoh) dari bakri muar kami ke pagoh mengambil apan,

kembara raya johor

ni pic kat tangkak, malam raya kedua tdo kat umah bujang rahman..mengharapkan neng2 datang menghiburkan ttp hampeh...

setelah kekenyangan membelasah ketupat goreng di rumah ban


dalam gambar man dan aku memberi report terkini kepada HQ..everything is undercontrol..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

enchek tAj mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

KOSONG-KOSONG k!!

cerita pasal thesis lagi

hari ni thesis ku dh siap!! hanya siap untuk dihantar, kui2..so sok baru mau g print kat kdai.harap2 aku pass ngn cemerlang.amin ya Allah...pas raya ni byk gak asgmnt yg kene mau submit...warrrghhh!! bile la mau pekse ni? bosan la g kelas je..

harap2 tak jumpe thesis ni lagi sekali..leh tanggal skru kat kepala nak wat...damn!!!

Journey to the south

lagi 2 minggu jew mau raya..skrg ni feel raya pon dh ada..best layan lagu raya time2 skrg ni..tapi best lagi nak kene setelkan thesis aku b4 raya ni. sabtu lepas gathering kat sunway, so dr perbincangan kat sunway, tahun ni pny JOhor's tour pon dh confirm. apez pon mau join skali ngn apan. meriah tu..ramai warga johor mau join..best2..kalu sampai kat Jb aku nak g senai, g raya umah b aku..rambut kene potong pendek..mest la smart2 sket, dh la ssh nak jumpe maa..lama lak rasanya nak raya ni..rindu siot kat dia..pas raya leh jumpe time dia convo je la, pas tu tatau la bile..harap2 ada la ruang aku nak jumpe dia nanti..amin

Piring hitam hatiku

available for download..click !!

1) serulinganakgembala_jefferydin1.mp3
2)
05YouMeanEverythingtoMe.mp3
3)
franksinatra-love.mp3
4)
TheBeatles-Yesterday.mp3
5)
04OhCarol.mp3
6)PutYourHeadOnMyShoulder-PaulAnka.mp3

Ziddu.com dan buat duit

ziddu.com menyediakan hosting yang menawarkan secara percuma untuk simpan file seperti Rapidshare, Savefile, Mediafire, Mega Upload dan sebagainya dan yang menarikknya leh wat duit tuk setiap file yg didownload. Tapi kenapa tidak menggunakan sesuatu yang boleh buat duit? So, untuk kebaikan kita sume, korang2 gunalah ziddu.

for detail aku rase bek korang mencari info pasal web ni, lagi mudah tuk korang paham..wa ha ha

cerita pasal thesis

thesis aku lum siap lagi, baru chapter 2 je. esok nak kene hantar sampai chapter 3, mane aku nak cari case study. ligat jek otak ni nak create data yg bukan2, sampaikan aku nak gunapakai data contractor kat portugal tu. lawak siot, nak hidup punya pasal..

Ayat penenang jiwa

kenapa aku..
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

Frust sgt ni..
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran ayat 200

Kepada siapa perlu ku berharap?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah Yusuf ayat 87

Doa dari hati aku

Ya Allah,ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, muslimin dan muslimat di dunia dan di akhirat. masukkanlah kami ke dalam syurgamu, bantuilah kami memperbaiki akhlak diri ini, tenangkan hati kami, satukan hati kami ya rahim, berikanlah kami kasih sayang, berikan kami keikhlasan dan ketulusan. jauhkan kami dari fitnah-fitnah dan dekatkan kami dengan jalan yang kau redhai, permudahkan perjalanan kami semoga kami pemenang di akhirnya dan bantulah kami dikala kami kesusahan. amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rabbal al amin.

Surat dari kawan

beb..hidup wa ni cm pelik je, wa baru pas clash..mmg sedeh la, wa nak tunang ngn dia hujung tahun depan, tapi Allah tu maha kuasa beb. Dia lagi tahu pe yg better tuk wa, maka terbatal la perkahwinan ini..wa yg mintak clash beb, wa mula tertibe hilang harapan kat dia beb, wa jadi tak kenal diri dia, dia ok beb, tapi wa yg berat hati pegi mintak clash, itu pon pas wa pikir masak2. wa tau wa salah, tapi dalam hati wa dh tade harapan untuk bersama dengan dia beb, wa sayang dia beb. tapi hati wa ni taleh terima kasih dia lagi..so wa declare tuk clash..nak jadi cte ntah dr mana ntah ex wa dengar wa ada simpan awek lain..pehh, bengang wa dengar cm tu, seyes beb, lu bukan takkenal wa, wa kalu couple mmg setia pada yg satu, tade main kayu2 tiganya.wa bukan don juan ke casanova men kayu2 tiga ni. ni yg jadi hati wa lagi bengang ngn ex wa. sampai hati dia ckp wa cm tu. then dah beberapa ketika wa clash, untuk menghilangkan rasa kecewa wa kenal2 la ngn sorg awek ni..alhamdulillah beb, wa ok sekrg. wa dpt la ringankan beban wa sbb kecewa plan kawin tak jadi. wa ingat kalu panjang jodoh awek yg latest ni wa nak usha wat bini, lu tau la wa kan, matlamat mmg jauh tahap 7 petala langit. bukan pe beb, ingat wa suke ke couple banyak2 kali, asik keceper jew..lu pon paham kan perasaan wa, kita bukan sehari dua kenal, gua tau lu mesti pk yg bukan2 nye, dan wa tahu juga lu mesti suh wa ikut pertimbangan wa sendiri kan...gua kenal sama lu beb, wa harap lu doakan la wa agar wa tak keceper lagi. lu mesti nak tgk wa hepi kan. salam sayang wa kat lu..


My 23rd of 22 august 2008

kamus ini dah makin tebal dengan istilah
makin tebal makin buat ia sukar diolah.
makin banyak kita tahu makin banyak pulak yang kita perlu ambil tahu.
hidup pun semakin lama, mesti buat ia semakin gembira.
takkan tulis yg luka-luka saje, sampai bila?
kau dan aku.
bukan kami tahu masa depan.
maka, berjalan la mara ke hadapan.
yang di belakang,
buat kita sama-sama pandang-pandang.

Satu hari nanti aku mau...

1) superbike sebijik-cm hayabusa,cbr1000, tak pon r1 la
2) BMw 3 series (model ?)..ni series yg lamenye..mmg aku sgt suke model tu..
3) Toyota caldina- body caldina mmg sweet dlm masa yg sama leh angkut reramai .
4) rumah kediaman- rumah yg selesa, siap de garden ngn bench tuk aku lepak2.
5) sistem perniagaan pasti menang!!- haha, ni yg paling2 aku mau..tunggu!!
6) library- koleksi buku2 kesukaan aku kat umah, santai...
7) mesin urut- diperlukan pas kalu binik aku malas ngurut..weeee~

Spread you wing


Peluh di dahinya bercucuran, di belek-belek text pidatonya pada hari ini. tidak pernah seumur hidupnya menyertai pertandingan pidato ,disebabkan hasan selekoh kemalangan dan masih perlukan rawatan, tok penghulu dolah merayu-rayu mr blueroses mengantikan tempat hasan selekoh sebagai wakil pidato kampung pagar goyang. ini pon atas cadangan din spanar selaku ajk pidato kampung pagar goyang ,akhirnya tok penghulu dolah datang berjumpa mrblueroses, oleh kerana tidak mahu meghampakan tok penghulu, mr blueroses dengan keterpaksaan menerima tugasan yg berat itu, dia sanggup hafal text pidato siang dan malam..dan dia sanggup ulang alik ke hospital semata-mata mahu berguru dengan hasan selekoh yg sedang sakit-sakit itu. segalanya demi maruah kampung pagar goyang yg tercinta ini.. lamunannya terganggu oleh kerana namanya di sebut-sebut oleh tuan pengerusi majlis, deru tepukan diluar tabir merah itu membuatkan jantungnya terhenti..sunyi sepi kotak mindanya apabila namanya disorak-sorak oleh penonton-penonton yg datang dari kampung pagar goyang, mrblueroses menarik nafas yang dalam, di helanya perlahan dan dengan berkat bismillah, mr blueroses membulatkan tekad dan melangkah gagah ke arena pentas...

mata audien tertumpu ke arahnya.

Deserve


petang itu mr bluroses sedang lepak di warung haji adi, mungkin kerana dia baru sampai, teh halia panas kegemarannya belum siap, sambil menunggu, berkepul-kepul asap rokok keluar dr mulutnya. matanya sedang asyik melihat seorang tua di seberang jalan.org tua itu kelihatan sangat daif, pakaiannya compang camping, capalnya hanya selipar buruk dan bersamanya sampah sarap yg di kumpul dan di asingkan, tetapi wajahnya bersih,ceria dan seolah redha dengan pekerjaannya itu. mr blueroses masih asik memandang gelagat org tua itu sampaikan tidak pula dia sedar akan teh halia panas kegemarannya telah siap,haji adi yang terperasan akan kelakuannya itu mencuit sedikit bahu mr blueroses. " itu samad kotak, kerjanya mengutip sampah sarap di kawasan kita ini,asik sangat kamu memandangnya sampaikan air sampai pun tidak perasan,usik haji adi..mr bluroses tersenyum, di cicipnya sedikit air yg panas itu. 'mukanya bersih, ceria dan nampak tenang' balas mr blueroses. org yg bersyukur mmg diberikan wajah yg bercahaya, jawab haji adi sambil memandang ke arah lelaki tua itu..mr blueroses mengangguk perlahan tanda bersetuju lalu menyedut baki rokok yg tinggal.

-dan kepul asap memenuhi ruang warung usang itu.

Self conflict


jam sedang menunjukkan ke pukul 12 malam, Mr blueroses tidak mampu lena, hatinya bergolak..dia masih tidak mampu melelapkan mata..fikirannya jauh mengingati peristiwa pada petang itu, mindanya tidak mampu menolak untuk tidak memikirkan peristiwa pada petang itu, " kenapa..kenapa!!" dalam bicara yg lemah, dia cuba mencari jawapan untuk setiap persoalan, tetapi seringkali menjumpai jalan buntu. peristiwa itu betul-betul mengganggu lenanya malam ini, dia betul2 tewas...dengan hati yg berat, diterkupnya bantal di kepala, dengan harapan dia mampu menutup segalanya masalah yg melanda, dengan harapan tiada suara-suara kecil mengganggunya..dengan harapan tindakannya akan melegakan hatinya yg sedang memberontak..dia tak sanggup untuk berfikir lagi..biarlah..

Tragedy that never been told



hari ini, Mr blueroses ke kebun durian ramli kambing, ramli kambing telah mempelawa mr blueroses bertandang ke pondok buruknya tuk menjamah hasil mahsul tanaman pada tahun ini, sesampainya di sana ramli kambing mempelawa mr blueroses ke beranda pondok itu, dr tangga kayu itu,sudah kelihatan berbakul2 durian terlonggok disitu, "murah rezeki kau ramli tahun ni, hasil tahun ini lebat juga ye" seraya melemparkan senyuman, ramli kambing membalas ucapan itu dengan senyuman, terlihat tanda2 syukur dalam hati perkebun itu dengan rezeki yg telah Allah berikan.keduanya bersila sambil ramli kambing memilih2 durian yg dilonggokkan di dalam bakul, dia cuba mencari durian yg terbaik di dlam raga rotan itu, tetapi setelah memilih2, ramli kambing kebingungan, lalu memutuskan supaya mr blueroses membuat pilihannya sendiri, "kau pilih la durian yg kau mahu, kulitnya cantik-cantik dan tiada kesan dirosak oleh serangga atau tupai,pilih saja la dan makan lah ikut mampumu"..mr blueroses yg tidak berpengalaman menilik durian memilih durian yg paling cantik dan besar, dengan harapan rasanya manis dan isinya tebal, lalu diberikan kepada ramli kambing untuk dikupas.setelah di kupas, isi durian itu dijamah oleh kedua sahabat itu, malangnya rasanya tidak manis, malah tawar..dan isinya juga masih keras, maka kecewalah mr blueroses kerana tanggapannya meleset sama sekali...jamuan itu diteruskan..


sekali aku termamai

semalam aku tak sempat mau tdo..membe aku (sepot) dtg dr jb sbb mau interview kat jln kelang lama, so oleh kerana koordinasi penempatan aku agak strategik dr tempat interbiu tu, aku ditugaskan oleh smack tuk menghantar sepot keplaza prisma tersebut, diorg datang dlam kul 4, dtg trus ke kamal( kedai mamak)...interbiu kol 9 pagi..pas2 makan sume, aku sampai umah dalam kul 5-6 cm tu la..then bile pk2 balik kalu tdo kompom tak bgn, aku pon tak jadi tdo, borak2 ngn sepot dan wak, then kul 7.30 kami gerak ke jln kelang lama..(asmir yg suggest suh gerak awl,upenye dekat je jalan tu..) sampai2 dalam kul 8, nak minum dulu, carik2 kedai mamak or melayu tade lak, byk kedai cina, so batalkan je niat nak breakfast tu..then bile dh tyme, sepot g interbiu, aku lak berinterbiu ngn wak..aku interbiu wak, wak interbiu aku..ada la dlm 2 jam..lama siot sepot interbiu,ntah pe yg dia tpoo ntah, abis2 je dia trus dapat keje (rezeki ko pot!!), balik2 shah alam aku trus g library cr buku tuk thesis, mata dh merah2, badan dh peloh2..aduss, tak selesanya...pas setel sume baru le balik, smapi2 trus baring kat bilik najib,tah cm ne aku tringat kat ibu, aku call la die, die tgh meetg lak..so aku pon baring smapi tertdoo, tbe2 telepon bunyik, aku yg dalam mamai2 tu jawab la,ibu call upenye..die tanya aku kat mane, ntah tibe2 aku blurr trus jawab.."kat jb neee,ehh, kat shah alam..jb ke shah alam..shah alam2" ibu yg dengar pon jadi blurr je..

Gengster kampong BUkumuka

dh seminggu kot wa men facebook..yg bestnye account tu bukan tuk wat networking sgt, tapi more pade mau men game..wa tgh gian men game mobster ni..habis masa wa men game ni..hahaha..bgs la tuk lupakan kejap mende2 yg penting..ada ke mende penting? ohh..ada..

sapa yg de men mobster add le aku kat sini

A&W,aku dan malam minggu

tadi sat aku dan kawan2 berjemaah makan kat a&w subang..dh lame tak kena rutbir with vanilla float, bikin goncang hati je..agenda besa la malam2 minggu lepak2, gelak2, syam pon join skali, ntah cmne die leh dtg umah (aku tau ko jumpe awek kat sini!!) so menambahkan ceria dalam sesi berborak kosong..so masa aku sampai kat ss13 subang tu, kete ali pon lom sampai ag, cume syam ngn ajib je la yg dh tercegat, aku dok g bank, siap sesat kat pj ngn damansara lagi..pedulik hapa aku sesat, dh aku mmg bukan kaki jalan, mane le aku tau area situ..redah aje..dh lama tak lepak2 gini..mmg kalu skali skala mmg best, aku bukan tamau g mc D kat shah alam, satu hari tu diorg bg yg dh lame pny..tak hangin lak satu badan mkn fries sejuk..tu yg aku wat boikot malam ni..padan le muke ko mc D...(alang2 makan pon mahal, makan tandoori kat khulafa pon layan gak)

ps-makan utk hidup,bukan hidup utk makan
bagaimanakah kamu menyelesaikan masalah? adakah mengambil keputusan utk berdiam adalah satu bentuk penyelesaian? dan kalau ia adalah tindakan/satu cabang penyelesaian, kenapa ia tidak dianggap satu tindakan penyelesaian?,

weekend yg lepas aku turun itu padang utara kat area pj kalu tak salah, aku ke sana untuk menonton perlawanan antara ragbi antara ANSARA TDK vs SAJOHA (kalau x slh) . ini adalah game pertama kami dalam liga alumni. ramai gak la ruggers yg turun dr generasi ke generasi ansara TDK + ansara mrsm lain..yg jr aku pon dh tak kenal,senior pon sama gak..tapi atas semangat ansara,kami join dtg sebagai pemain dan penonton..aku datang dr shah alam,pas potong rambut kat kdi mama bersama wak,ban dan yasro...hehe...result of that match. we're lost to Sahoja..mungkin sbb kami masih x dpt chemistry between players, masih segan2 dan masih x sejiwa la..tu banyak taktik tak menjadi...hahaha..aku pon pade mulanya mau gak join men utk seronok2..ttp masih tatau bile...keinginan dh ada, x mula je..by the way..aku rs bangga gak la sbb pernah men bersama typhoon ( nama pasukan rugby sekolah aku) wpon utk beberapa minit..ttp aku masih pernah jd rugby player gak dulu kn..that all for today..nite!!

kau

tiap kali aku cuba mendekatimu..
seribukali hatiku menjauhimu..
tiap kali aku cuba mencintaimu..
membelaimu dan menyempurnai mu
tiap kali itu aku gagal melakukan apa2..
oh..kau la hidupku
oh..kau la jantungku
dan nyawaku..
oh thesisku..
cepat la siap..
tak mampu aku menanggung sengsara ini...

mau update ini blog?

bila mau update? apa balang mau letak ini blog? celita apa wat story? ala apa dengan ini blog? nanti kasi sy pikir ini bende..
sedutan dr sambutan jubli perak MRSM terendak..
kisah aku,THE DRIVER, dan sorg uncle

aku tiba di mrsm terendak pada ptg jumaat,sekitar jam 8 malam, tujuan aku sampai pada malam hanya sekadar membantu AJK2 sambutan jubli untuk tolong gantung banner dan seangkatan dengannya di balai pelajar...aku tau ajk sume penat, sian aku tgk diorg...so aku harap agar pertolongan yg sekecil ini dapat mengurangan kepenatan diorg pada hari itu...thank to the committee for the enjoyable celebration..

kisahnye bermula begini..sebelum aku mula tolong2 AJK2, aku ada lepak2 kat kaunter depan balai pelajar sambil membelek2 carta organisasi guru semasa di maktab..pas tu ada la aku terperasan sorg uncle ni, berkain pelikat dan bersongkok, aku malas nak tegur die, aku agak die ni mgkn cikgu or someone la yg terlibat gak ngn majlis ni..dalam membelek2 carta tue dengan the driver, kami di tegur oleh Uncle..

uncle: adik ni, dh berapa lama tinggalkan sekolah?

aku dan the driver: kami baru 6 tahun je tinggalkan sekolah ni..

uncle: oo..baru lagi ni..

uncle: pakcik ni (uncle mengenalkan diri dia dan knp dia berada di sini)

Uncle: anak pakcik masuk sini tahun 200X, pastu time f3 dia kena buang......

aku dan the driver: (mengerut dahi,dan berada di dalam pertanyaan) kene buang??

uncle: .....kene buang ke mrsm JASIN. (sambil tersengih skett)

aku dan the driver: owh..(memahami maksud tersirat uncle dan tersenyum kecil,time ni aku menoleh ke lantai..)

uncle: kamu berlajar di mana? (bertanya kepada the driver)

the driver: saya belajar kat UTeM , kat sini je..ambil course bla..bla..bla

uncle: Oh...dan kamu? (bertanya pada aku)

aku: sy belajar itm, kat shah alam course bla bla bla..final yr dh ni

uncle: Oh..(dan berkata sesuatu ttg dirinya mengenai shah alam)

uncle: anak pakcik amik MEDIC...kat CAIRO...universiti X

aku dan the driver: OOO (memahami dan sambil bertentang mata sesama kami)

uncle: nak, pakcik balik dulu ye sok nak kene bla bla bla.....

aku dan the driver: (mengangguk ,senyum dan menerima hulur tangan dr Uncle)

selepas seketika...............sambil memerhati uncle dan keretanye meluru lalu..

aku dan The driver: ANAK PAKCIK AMIK MEDIC !!...KAT CAIRO (meng"anjing'' percakapan uncle, dan cuba memahami pe yg difikirkan oleh uncle, lalu bergelak-gelakan)

kemudiannya aku, the driver. kami brlalu ke balai apai untuk menghisap rokok...(balai apai dh tade,kini tempat tu dikenali dataran usahawan muda kalu x silap)


moral of the story, hisap rokok kat kawasan sekolah buat aku imbau kembali memori2 lama..best beb..

ps- ANK PAKCIK AMIK MEDIK KAT CAIRO!!! (pedulik hapa aku)
SUBUH YG TERAKHIR

ufuk merah telah kelihatan
bakal disinari sang mentari pagi
dan di suatu kawasan tahanan
kisah insan yg dulunya tandus dalam lembah kejahatan
di subuh ini,
telapak tangannya menadah ke timur
dan sedu tangisnya tidak pula di endah keliling.
di kamar akhir ini
dia menyesali silam hitamnya.
doanya pada Allah agar dia diampuni,di berkhati dan di lindungi
tangisnya semakin sayu
rayunya semakin padu
tapi segalanya seolah sudah terlambat
sesungguhnya tuhanmu tidak akan menghampakanmu,
berdoalah selagi ada masa yg tercicir.
untuk subuh yg terakhir kali.
agar kau diampuni.
jahanam kau
.......................................................

bisikanmu membuatkan aku was2.
dikit2 usahamu yg tak pnh padam
aku terpesong dari kiblat yg satu.
bisikanmu buat aku marah.buat aku panas.
lalu aku hembur kata2 maki dan sumpah seranah yg tak putus2.
dan kau seronok melihat keadaan ku..
kau gelak, ketawa sepuas2nya.
bersorak2 kerabatmu melihat perilaku diriku
melihat aku tertewas.
dan ketika aku perlu jalankan kewajipan.
kau urut2 badan ini dikala azan di laungkan
kau bisikan lagi kata2 indah supaya aku terus tenggelam
mengelamun dan terleka
kau senyum lebar, kepuasan
dan demi janji yg kau pernah buat dulu
kau tidak pernah lupa akan menyesatkan kami
hingga masa itu.
jahanam kau dan keturunanmu..
wahai syaitan laknatullah..
.......................................................
ni antara hasil2 kerja aku time cuti sem haritue...tatau nak wat pe, maka mulalah perjalanan bermain dengan kata...

...................................tAj
JALAN

takala aku berdosa
dan menyesalinya
dan mengingatinya sebagai tanda hitam
apabila manusia memandangku sebagai si hina
dan bila dosa ini menghimpit aku ke sudut
dan bila mindaku berputar segala janji2 mu
dengan kekuatan surah yassin
dan mengingati kalimah kun fayakunn
diriku tersembam
kelopak kering ini mula basah
tangisi perbuatan ku
harapan agar dengan kehendakmu Allah
agar diberi aku peluang
untuk menjadi hamba yg patuh
berbekalkan kalimah syahadah
dan doa yg tak pernah putus
agar kau mengampuniku
agar aku ditempatkan dalam janjimu
syurga bagi yg soleh
dan berkat hidup yg berpanjangan
tiada yg mampu ku katakan
sesungguhnya kau tidak pernah dusta
janjimu adalah benar tuhanku
dan kini
kau mengkurniakan aku ketenangan
kegembiraan
dan aku masih berharap
agar aku masih berjalan di ats jalan yg lurus
jalan yg kau redhai selamanya
dan dengan kalimah syahadah ini aku pinta pergi
dari dunia yg fana ini
jejaki kehidupan yg kau janjikan, berkekalan
.........................................................tAj
makin banyak yg nk di luah..makin terkaku jari ni menaip...ermmmnnmm.........................................betul le kata atuk aku dulu

aku kan kawan kau

kawanaku :"bro,wa taleh dtg dtg jubli nant dowh!! aku tade cuti?"

aku- :"ok2, aku pon malas nak merayu membe dh, lu nak dtg ke tanak dtg ke sukahati la,membe2 sekarg mmg dh berubah..janji lu bayar wa pny advance sem dpn"

kawanaku :" cibai lu, lu wat ayat sedih lak, wa mesti dtg punya pasal lu, lu mmg cibai la kalu x buat rumah sebelah umah wa nant, wa bakarr rumah lu!!!"

aku :" tade hal..janji jangan buat kat sebelah umah bapak lu sudah..Hahaha"

ps-aku mmg pandai merajuk~~

this is who i am

i know what i want, i know how to get it, i know the best option i had, and i go for i..i will never turn again..never

rindu

Assalammualaikum. .pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,
kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

seketika itu lama

di kota bunga ini
dalam daerah ilmu
satu kisah biasa
berdendang lagu2 impian
daun2 berguguran, penuhi jalan2 itu
hangat mentari sekuat semangat ini
derapan kaki langkah siswazah bangsa
maruahnya pernah tergadai..sekali..hanya sekali

di kota ilmu ini..
atas apa ia melaungkan amarah
kerna dosa dan khianat moyang-moyangnya
atas kebodohan yg terdahulu..
kerna kurang jati diri..
mungkin cinta tidak sekuat jebat,
atau tidak sesetia tuah

mungkin,
atas itu ia pernah terluka
dan kini ia mahu bangkit
dari lena2 yg panjang..
dengan semangat pahlawan
dengan doa rakyat
dengan berkat kedaulatan
diatas tanah ini
kota bunga ini
pernah menangis segempita..
akan bangkit seresah mergastua..
terbang tinggi
ke arah mentari..
ikhlas
aku nampak ia dr kamu
aku nampak ia benar
takkan aku perlu lari
biar aku berdiri di sini
jangan halang aku

bukan salah ia
kerna cinta ini perlukan pengorbanan
mungkin ia ambil masa
biar aku berdarah
jangan kau tangisi aku
kerna aku akan hidup untuk kamu
kerna berat aku menyatakan aku untuk kamu

biar aku hidup untuk kau gembira
dari mati buat kau bersedih
aku yakin tuhan itu adil
ini hanya secebis dugaannya
jangan menangis lagi sayang
aku ada disini untuk kamu
kamus itu belum cukup isinya,
kerna aku pernah cari makna kamu,
mungkin perlu aku tambah satu kata,
agar ia jadi lebih sempurna??

free writing



tdy i wake up on 5.34 am..OMG !! i dont know how it can be so easy to wake up in that time, also im feels really good tdy...i give to my self DOUBLE THUMB for it!!..and also a nice-talk as "u r the happiest guy in this world" with a big smile.."oh..so this is how i smile.."...hahahaha...life is to short to be felt sorrow...yehhhhhhhhooooooooo!!!

focus on the right



how do u react, when u r facing a big problem in ur life?..maybe tiring...
dont u realize that every single problem occur in our life is seem bigger,when u focus on it? n u can easily forget it after a duration of time or maybe after u take a single move ,so what is the real problem is it nw? the answer is..the problem will be an issue when u focus on it..n u r the one who chose to be felt like wht u think..Grr

erythromycin

belum masanya lagi
untuk aku hayun kaki
lepasi garis itu

hanya garis itu
yg amat aku inginkan
tuk tahu kesudahan

dan kerana garis itu
aku jadi sesak
dengan setiap kejutan

siapa sangka
siapa duga
aku jadi gila
tuk tahu masa depan

siapa sangka
siapa duga
aku jadi dungu
kerana garis itu

biarlah kau garis
masih di hadapan ku
tak mahu ku bertanya


aku hanya menduga
segala bukan milik kita
aku hanya tertanya..
"sms" 4;31am, 31-03-2008

aku tak tau apa yg sdg jadi dan bagaimana ia berlaku..aku jd begitu peka pada hp aku pagi ni..aku terjaga bila terdengar sms masuk..kenapa aku boleh tjaga? kenapa dengan begitu mudah, kenapa mesti mesej tu???..walaupun aku cuba jawab setiap persoalan itu..aku jd blurr kejap..untuk tidak memikirklan apa2 dan malas melayan spekulasi yg aku buat sendiri..aku serahkan pada Allah...aku masih kurg faham apa yg sedang berlaku kat aku skrg ni..harap aku diberi petunjuk akan setiap apa yang berlaku...amin

(With hands on shoulders) Oh, those are shoulder blades, I thought they were wings.

aku mau tulis apa?

warh!!...aku sedang menunggu2 ilham sampai untuk sajak terima kasih..agak sukar bila diberi satu garis panduan...aku kena submit beberapa bait sajak untuk majlis jubli perak Mrsm Terendak, ulangtahun sempena 25 tahun maktab aku yg terchenta. sajak ni akan dipersembahkan semasa majlis makan malam kat MITc, ayer keroh..dan sape nk kena baca sajak aku tu nant? adakah aku? oWh..serammm!! kerna the last stage performance semasa mendeklamasikan sajak adalah semasa persembahan blok di teres teratai...itu pon aku sudah terketar2...sangat serammmMm!! umpama tetiba ternampak hantu!! owh tidak suara ku amat romantik untuk aku bg membe2 aku buat bahan lepas persembahan itu nanti..owh jangan.owh..dan owh
kisah seorang kaya, pengemis dan si miskin..si kaya menyedekahkan 50 rinngit kepada si pengemis, dan si miskin hanya melihat perbuatan tersebut

si kaya:kau percaya kepada rezeki?
si miskin:``err..aku?..percaya..percaya!!
si kaya:kau ada berapa byk wang dalam dompet?
si miskin:``err..ada 50 ringgit..?
si kaya :sanggup kau sedekah 10 ringgit tu kepada si pengemis? kau sanggup?!!
si miskin:``erkh..erk..tak boleh, aku nak makan apa nanti? duit ni cukup2 seminggu je!!``
si kaya:tadi kata kau percaya kepada rezeki??
si miskin:``aku percaya pada rezeki,tapi sape nak bagi aku duit kalu aku dh bagi duit ni pada dia??

si kaya: kau percaya pada Allah?!!``
si miskin :``percaya, dia tuhanku yg satu..

si miskin: tapi kau tak percaya akan pemberiannya...kau percaya dia wujud, tapi kau tak percaya akan rahmat dan rahimnya, pemberiannnya, janjinya!!..kau sering merungut bila kekurangan..kau sering risau bila keputusan wang seolah tiada tempat untuk kau mengadu..kau selalu mencari2 tempat untuk berharap tanpa kau sedar kau hanya perlu berdoa kepadanya..kau menjemput kekufuran dengan kemiskinanmu..kau memberi ruang kefakiran menjadi pedoman hidupmu tanpa kau memandang kekayaan sebagai satu cabang yg baik,yang bersih..kau mencaci org2 yg berharta sebagai si tamak dan pembelit diatas kekayaannya tanpa kau bertanya bagaimana mereka memilikinya..kau hanya perlu berusaha dan berdoa..dan serahkan semuanya pada Allah..

si miskin:``.....``

you mean everything to me


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Sesungguhnya tida ada yang lebih menyayat

dari melihat bangsaku dijajah,

Tidak ada yang lebih menyedihkan dari

membiarkan bangsaku dihina,



Airmata tiada ertinya,

sejarah silam tiada maknanya,

sekiranya bangsa tercinta terpinggir,

dipersenda dan dilupakan,



Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa

selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan



Biar bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,

air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,



Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemerdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi keringat

dan darah menuntutnya



Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan

mengangguk dan membenarkan kerana

sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya,

Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri



Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,

kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara



Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut, pengembara

malah penakluk terkemuka?



Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

menjadi pedagang dan peniaga,

selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?



Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera

menjajah dunia yang tak dikenal



Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau

yang tidak mengenal erti takut dan kematian?



Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?



Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai

melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar



Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati



Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya



Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa



Perjuangan kita belum selesai kerana

hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.



Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad

Mei 1996
kekejangan minda berlaku lagi..
umpama siri2 kartun doremon yg dtg kembali...
yg jalannya seperti seorg tua di denai sepi..
tua2..tapi berani
jgn jalan org muda yg megah dengan tshirt haprak si penjajah
yg berani bila di sanggah..

kala sang bomoh menjampi sesampah
yg dok melihat, tenganga taksub...si bodoh yg azalinya bodoh
dh tau bodoh taknak bertanya..
apalah gunanya kau dtg tanpa bertny, pelik sikit dh mula memuja...
bodoh azalinya...katak kalu di ajar berenang tidak berguna..
umpama mempelawa si kenyang tambah nasi kenduri..
tade hasil..

haha..rumah yg besr jangan sangka tade korupsi
yg kecil2 jgn sangaka tanpa proksi..
pedulikan wajah2 yg kecil...
hanya pandang kepala sape yg besar lagi

nyanyi sesampah bermula lagi..
mari menyanyi iringan rebana dan kompang, juga tarian kecapi..
enak sungguh bunyinya...mengasikkn..
tapi yg malangnya lepas menari air segelas tak diberi
yang mengompang tak pat apa
yg di kompang..kenduri lagi..dan lagi..

terus..nanyi lah lagi...
hikmah

aku cari kamu..
aku selongkar, aku geledah!! di dalam gobok buruk itu, yg bernama dunia..
aku kejar, aku terajang segala halangan..aku cari kamu..
aku penat..dahaga...tapi tak ku jumpai lagi kamu di serata..

mana kau sayang?
hilang begitu saja... masih tak cukupkah sedu ini? tangis ini masih di ragukah?
perilaku ku ini...masih tidak cukup untuk menemuimu..mengapaimu..
untuk bersatu dengan mu....

didalam makna HIkmah.

mencapai hikmah perilaku...
ragu

aku biasa..
kau pun biasa
kita berbeza
tapi punya idea
kau merah
aku mungkin ungu
kau tahu
aku mungkin lupa,

kala terdetik satu saat lagi..

untuk satu pusingan itu..

aku buntu..pohon kau bantu

PAntun untuk di Komen

TAJUK :PANTUN WARGA TERDIDIK
OLEH: KERIS JEBAT
SELASA..SUBUH2 AYAM

DERU OMBAK ,LAUTAN BIRU
HAMPARAN REZEKI PARA NELAYAN
WARGA TERDIDIK, TINGGI ILMU
CANTIK BAHASA AKHLAKNYA SOPAN

KERDIP BINTANG, SAYU MENYERU
PANDUAN PELAYAR DI ZAMAN DAHULU,
WARGA TERDIDIK CINTAI ILMU,
ILMU DI AMAL, BERTAMBAH MAJU.

TANAH SEKANGKANG KERA,
KALU BERBUDI ADA HASILNYA,
WARGA TERDIDIK WARGA MULIA,
RAJIN USAHA, PASTI BERJAYA


-"PENDIDIKAN BERVISI, JANA POTENSI"-


P/S- apa pandangan anda tentang pantun ini?
komen anda amat dialu-alukan...

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning,
penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar
yang boleh membantu kehidupan anda.
Sila ke laman web SM Learning
di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.


Spider - Bila Nak Saksi
Bila Nak Saksi Lirik :-

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai
AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

-cairil anwar-
"lukisan adalah diari seorg pelukis"-

aku menerima pendapat ini sebulatnya..kebenarannya sesuatu karya adalah dr pengamatan dan perasaan seorg karyawan.Penggunaan medium yg baik dapat menyampaikan maksud yg jelas dan teka-teki antara karyawan dan penterjemah acapkali mengundang pertanyaan..persepsi yg menghukum penilaian dan jawapan hanya karyawan dan Allah sahaja yg mengerti..lukisan adalah bahasa halus..medium untuk pelukis menterjemahkan idea dan emosi

masihkah kau ingat

menyepi
aku hilang punca
bukan aku lari
bukan aku benci
cuma cr diri
aku buntu
fikiran bersimpang siur
aku benak hala tuju fikiran
jatuh sakit aku tak peduli
aku cari kebenaran
maaf
aku hilang punca
bukan salah sesiapa
jatuh aku sakit aku
cuma cr diri

AHDB

malam tadi aku bersama kawan meronda2 ke uptown shah alam..saje jalan2 cuci mata..cuti sem ni aku tak balik kampung, so lepak je la kat shah alam ni..niat nak wat asgmnt..tatau la cmne..jalan pny jalan kat uptown tu tade la mende apa yg aku nk beli sekadar memenuhi ajakan kwn2..tiba2 beberapa naskah koleksi aie 'AKU HIDUP DALAM BLUES' mencuri perhatian aku..sejenak aku kembali terkenang kenangan mase aku gle melukis..artworks aie ni byk mempengaruhi cr aku melukis, n aku betul2 rindu nk dpt feel drawg tu balik..so tanpa pk banyak..aku grab 2 naskah koleksi AHDB ngan 'bedtime story' tuk jadi koleksi..

www.extdk.net

selamat pagi sume...

dh lame aku tak update blog ni..hehe..selama menyepi ni..aku dh join forum extdk n jadi gigil kalu tak melayan forum ni..forum ni adalah medium bdk2 ex mrsm tdk tuk berborak..so kat sini leh la jumpe super-duper senior n super-duper jr..sambil2 kenal mengenal dan btukar2 pendapat..kat sini juga aku dapat berkongsi kenangan manis ant warga2 extdk..banyak rahsia dan cerita turun-temurun dapat di bongkar dr warga yg terdahulu, maka setiap cerita itu dapat dpastikn kesahihannya...hoho..