Spread you wing


Peluh di dahinya bercucuran, di belek-belek text pidatonya pada hari ini. tidak pernah seumur hidupnya menyertai pertandingan pidato ,disebabkan hasan selekoh kemalangan dan masih perlukan rawatan, tok penghulu dolah merayu-rayu mr blueroses mengantikan tempat hasan selekoh sebagai wakil pidato kampung pagar goyang. ini pon atas cadangan din spanar selaku ajk pidato kampung pagar goyang ,akhirnya tok penghulu dolah datang berjumpa mrblueroses, oleh kerana tidak mahu meghampakan tok penghulu, mr blueroses dengan keterpaksaan menerima tugasan yg berat itu, dia sanggup hafal text pidato siang dan malam..dan dia sanggup ulang alik ke hospital semata-mata mahu berguru dengan hasan selekoh yg sedang sakit-sakit itu. segalanya demi maruah kampung pagar goyang yg tercinta ini.. lamunannya terganggu oleh kerana namanya di sebut-sebut oleh tuan pengerusi majlis, deru tepukan diluar tabir merah itu membuatkan jantungnya terhenti..sunyi sepi kotak mindanya apabila namanya disorak-sorak oleh penonton-penonton yg datang dari kampung pagar goyang, mrblueroses menarik nafas yang dalam, di helanya perlahan dan dengan berkat bismillah, mr blueroses membulatkan tekad dan melangkah gagah ke arena pentas...

mata audien tertumpu ke arahnya.

1 comments:

Anonymous said...

x abis pong